Posts

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Image
Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-baru ini. Lepas dapat wang KWSP RM10,000 dan berjoli sakan semasa Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula tarik muka masam. Ini kerana wang dah makin kering disebabkan menyambut hari raya.  Raya serba serbi nak baru. Ada yang dok seronok beli barang kemas dan ada juga guna duit tu nak bayar hutang adik-beradik mahupun along. Sebenarnya bukan salah nak belanja duit KWSP tu tetapi biarlah ukur baju di badan sendiri. Seeloknya duit RM10,000 tersebut dijadikan modal membeli aset seperti barang emas dan join bidang perniagaan secara online sama ada jual barang atau buat drop ship. Mengapa harus dibazir duit KWSP tersebut seolah-olah tiada esok dan lusa lagaknya?  Adakah tergamak dok buat kempen untuk keluar lagi duit KWSP lagi? Mana tujuan asal kewujudan skim tersebut? Terlupa atau sengaja dilupakan? Sememangnya di zaman ni.. orang kaya semakin kaya, orang

Sah - Turki tukar nama kepada Turkiye

Image
Negara Turki telah mengalaminya dengan dikaitkan dengan seekor burung besar yang paling terkenal sebagai simbol cuti Kesyukuran Amerika Utara. Pada hari Khamis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf penjenamaan semula negara kepada Turkiye, disebut tur-key-yay, dalam satu langkah Menteri Luar Negeri Mevlut Cavusoglu berkata akan "meningkatkan nilai jenama negara kita."  "Sebab utama mengapa Turki menukar namanya adalah untuk menghapuskan persatuan dengan burung itu," kata Sinan Ulgen, Pengerusi badan pemikir EDAM yang berpangkalan di Istanbul. "Tetapi juga, istilah ini digunakan dalam bahasa sehari-hari untuk menandakan kegagalan." Bagi Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang bertanding untuk pemilihan semula tahun depan, nama baharu itu menyatakan "budaya, tamadun dan nilai negara Turki dengan cara terbaik."  Organisasi antarabangsa kini diwajibkan untuk menggunakan nama baharu itu, tetapi ia tidak akan berlaku semalaman untuk orang awam yang

MISTERI IKAN PUYU

Image
Tau ke ikan puyu? Pernah makan tak? Sedapkan. Tapi, tak ramai yang tahu yang puyu ni ada ciri-ciri mistik. HALAU PENANGGAL   Tengok sirip ikan puyu.. tajam kan? Sebab ia mempunyai sirip yang tajam, maka ia merupakan antara yang digeruni oleh penanggal sebab duri dia memang tajam. Ada juga kepercayaan letak daun mengkuang yang tajam bawah rumah oleh tok bidan masa nak sambut bayi baru lahir. Ini kerana nak halau penanggal masa proses bersalin sebab uri tu kegemaran penanggal. Ada juga petua tanam uri dengan paku atau benda yang tajam sekali. LAMPAM Sesiapa yang pernah mancing di tali air akan tahu, ada puyu.. ada nya lampam. Macam ada magnet spesis ni. Sifat lampam licin dan tak tajam ini jadi kegemaran penanggal. Lagi-lagi isi perut ikan lampam.  Tapi kalau kene ikan lampam masa mancing, macam kene karennnnnnn!!! 🤣🤣 HALAU MAKHLUK HALUS Ikan puyu juga dibela di dalam rumah sebagai penghalau makhluk halus. Oleh kerana sifatnya yang tidak tidur san rupa yang tajam, makhluk halus susah n

6 Pengertian Mimpi Ular Menurut Islam (Petanda Baik)

Image
Tentu ada makna di sebalik mimpi ular. Mimpi merupakan cerita yang dibuat oleh fikiran waktu tidur. Ia boleh jadi menghiburkan, seronok, romantik, rasa terganggu, menyeramkan dan tak lupa juga pelik. 🤔🤔 Pernah kah kita bermimpi tentang ular?? Mimpi ular ini sering membuatkan kita tertanya-tanya. Walaupun kebanyakannya tidak dapat dijelaskan secara saintifik, makna ular kadangkala boleh memberi cadangan kepada seseorang. ERTI MIMPI ULAR MENGIKUT ISLAM Erti mimpi ular dipercayai menimbulkan banyak tanda bukan sahaja positif tetapi juga boleh menjadi tanda negatif.  Tetapi kita tidak perlu risau tentang maksud mimpi ular tersebut, 😅😅  Sebenarnya sama ada ia membawa maksud buruk atau baik, kesemuanya mempunyai mesej tertentu. 1. Maksud Mimpi Dipatuk Ular Maksud mimpi dipatuk ular adalah mimpi yang sering terjadi dan sering mendatangkan ketakutan. Apabila seseorang itu bermimpi dipatuk ular, biasanya dia akan segera bangun kerana mimpi ini agak mengejutkan dan menakutkan. Tetapi makna m

ASB akan dinyahpaut dari Maybank?

Image
Salam semua, Untuk pengetahuan semua, pihak Maybank memberi peringatan kepada pelanggan ASB untuk pautkan balik akaun tersebut pada Maybank2U selepas 18 Jun 2022.  Sebabnya untuk bagi pengalaman perbankan yang telah di upgrade pada kita. Kita semua boleh tengok balik akaun ASB lepas dah link kan kat Maybank2U & MAE. Lepas tu, kita boleh buat transaksi macam biasa. Sebelum ni pun ASB ada menyatakan yang mereka akan menaik taraf sistem mereka pada 4 Jun - 7 Jun 2022 dan tangguh sekejap semua perkhidmatan pada waktu tersebut.

Perkahwinan Sepupu ku - Raisah

Image
Salam semua, ok.. sebelum kenduri sepupu ku si Shaz tu, ada lagi satu sepupu aku kahwin. Kenduri dia pada bulan Mac hari tu. Kami menginap di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel dia best, of course laa sebab pool dia. Bukan nya sebab pool dia sempoi ka apa, sebab anak2 nak pool. Jadi, mana2 hotel ada pool, akan aku kata sempoi. Kalau xde, habis la telinga aku dok terdengar bunyi bunyi merajuk dari anak-anak. 😅😅 Haa.. cerita sebelum sampai ke hotel ni agak mengerikan. Dalam perjalanan sebelum sampai ke hotel, lebih kurang 30km je nak sampai, baru teringat air panas water filter dah tutup ke belum. Aduhhh, teragak-agak nak patah balik. kalau patah balik, nanti lambat check in hotel. Penyudahnya, check in hotel dulu, hantar semua masuk bilik kemudian aku berangkat balik ke Ipoh malam tu jugak. Giler weii air panas tak tutup!!! Dah sampai rumah, tutup semua suis, patah balik ke Damansara malam tu jugak.. 😅😅 Letih?? memang letih. Esok nya, kami berjalan ke The Curve. Apa yang best kat

Perkahwinan Sepupu ku - Syaz shaz ??

Image
Ni sepupu ku, Nama Shazlin.. aku tak tau laa ejaan betui dia macam mana. Kahwin Jumaat minggu lepas. Area kenduri di di kawasan De’Kenduri. Korang boleh waze ke tempat tu. Aku terpaksa amik cuti Jumaat tu sebab nak datang kenduri dia ni. Tapi hari tu laa jugak kebanyakkan sekolah tadika akan buat majlis raya sebab nak habis bulan dah. Kat ofis aku pun ada buat PotLuck. Alang2, aku hantar anak aku ke tadika n sekolah, aku datang ofis kejap hantar potluck aku.  Aku buat Mee Sanggul ja. Mee sanggul Brand Azman. Mee nie memang sedap cakap hang!!! jap aku bagi gambaq dia sat. Aku masak dua bungkus mee ni. 1 bungkus pun dah boleh 5 orang makan. Masak ala kadar je la (bahan dia udang sekilo RM35 & Sotong 500grams).  Dapat pujian. Alhamdulillah, licin.. aku paling lambat sampai tapi mee aku tak sampai 5 minit, licin. Senang kerja nak basuh tupperware.  Pastu settle semua, jam 1230pm, terus amik anak2 aku kat sekolah.  Dan bermulah perjalanan kami ke KL. Kami menginap di Ibis Hotel sebab na