Fellowship of My Blog

nuff

19 February 2010

Dalam Sungai Ada Sungai

Ya Allah! Hebatnya ciptaan Allah S.W.T……..
Wonderfull….

Dalam Sungai Ada Sungai?
Elok je mengalirnya. Siap ada tebing sungai lagi.


Penyelam sedang meranduk anak 'sungai'.

Jumpa anak sungai dalam sungai.


Cehh tak tau nak kata apa lagi lar cam nie...
kagum nengoknya.

Kat mana 'sungai' ni? Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 metar. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya. Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar. Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa. Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida.

Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman diatas.
Al-Quran : Ar-Rahman 19-21
[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Miracle!!!
Wallahualam

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...