Fellowship of My Blog

nuff

22 February 2010

Diari 2 - Sejenak Aku Di Kuala Lumpur



Salam semua kepada my fellowship,


Pada hari Sabtu 20 Feb 2010, aku ke KL dengan bakal isteri aku. Tujuan ke sana nak amik barang adik dia yang belajar kat UIA Asasi di.. di mana ek? Aku pun tak ingat.. Petaling Jaya kot.. ermm maybe. Tak biasa dengan area KL. Di samping itu, tujuan aku ke sana juga untuk mengedarkan Kad Kawin aku pada kawan-kawan ofis di Jalan Duta dan Pandan Indah. Jadi, dalam perjalanan tu kami ada satu tentatif iaitu pergi kenduri@makan pulut(kalau bahasa orang Terengganu) kawan dia di Teluk Intan. Kami bertolak lebih kurang dalam dalam pukul 11 pagi.


Tanpa membuat minor checking seperti bateri kereta, tayar dan air radiator, kami pun tiba ke destinasi kami di kawasan yang menjadi aktiviti kami untuk waktu itu. Setelah selesai, lebih kurang dalam pukul 1 tengahari kami pun bertolak ke KL untuk mengejar masa yang suntuk untuk berjumpa Abang Kamsani (sebab nak bagi kad kawin). Abang Kamsani ni pula ada hal dalam pukul 2 petang. Apa lagi, aku pun… jangan risau, tatatertib dijalan masih aku patuhi dan aku masih memandu dalam keadaan 110 km/j. :-D.

Air Bateri kering terus. Apa lagi, top-up la air tu.
Masa ni aku lenjun tak ingat. Panas terik.



Sebelum masuk highway, kami singgah di .. (aku terlupa nama tempat tu). Nak buang hajat apa yang patut. Sudah selesai, kami masuk kereta tiba-tiba kereta aku tak boleh start. Ahh sudah… Nasib baik kawasan stesen minyak. Aku buka bonet kereta dan check apa yang patut. Heh, dah ku agak.. Bateri basah ni lupa nak refill (bukan salah aku). Aku pun pergi la beli air bateri. Dah refill dan sekali pulas je kunci kereta tu, deruman kereta pun segar bugar didengari. Selamat satu bab.


Dalam perjalanan, kereta yang aku naiki ni macam jerking. Macam power tak cukup je. Bukan sekali jadinya, 3 kali. Kali ketiga tu terus aku singgah di R&R Ulu Bernam. Aku dah refill air bateri tadi tapi apa hal pulaknya. Kali ni aku tak bukak bonet kereta. Nak marah pun ada. Masa yang aku kejar tak dapat ku penuhi. Aku suruh tuning aku call syarikat insuran suruh hantar bateri tapi sambil tu aku pergi ke Stesen Minyak kat R&R situ. Jauh jugak berjalan. Sampai stesen minyak tu (nak cari bateri kereta), barang yang dihajati takde. Syarikat insuran pun akan telefon balik sebab nak confirm balik harga bateri. Sesambil tunggu syarikat insurant u call, aku pun bukak bonet kereta. Waktu tu tengah panas terik. Aku rasa macam aku dah main Basketball dah. Peluh tak habis-habis keluar. Air peluh kat muka ni dah macam air paip yang keluar(maksud aku air peluh tu tak putus la). Aku tengok soket kat bateri tu longgar. Mungkin ni kot punca power tak sampai. Terus aku tekan soket tu. Alarm berbunyi. Off alarm, start kereta; hidup.Settle satu masalah tapi dah rugi masa dah. 30 minit terbuang macam tu jer. Syarikat insuran pun call nak bagi harga barangan tersebut tapi kami menolaknya. Alasan -> cari alternative lain. Bagus tak alasan ni? ;-p. Kene tolak secara lembut nanti pihak insuran marah.

Aku berjumpa dengan Kamsani@WiteSakura. Edar kad kahwin.

Sambung perjalanan dan kami terus ke Sungai Buloh untuk berjumpa dengan Abang Kamsani ni(dah pukul 4 dah masa ni). Kami tunggu di kawasan roundbout. Dia pun sampai dan aku terus kirim barang-barang aku kat dia. Nak suruh dia kirimkan kat semua orang (member office) KL. Dapat la bersembang kejap dengan Abang Kamsani. Ada dalam 10 minit. Semua data telah di compile dalam otak, tiba-tiba satu tentatif wujud on the spot. Malam pukul 9, nak lepak kat kedai makan area Selayang. Aku 50-50 tak berani janji sebab kena settle hal aku dengan tunang aku dulu. Selepas itu, masing-masing pun beredar.


Gambar 2 di atas : Aku, Aida & Aima makan di Restoran Teppanyaki. BEST!!
Gambar 2 di bawah : Di IKEA. First time pergi. Saja amik beg kuning tapi
tangan gatal nak isi barang dalam beg tu. ;-p. Bayar ler jawabnya.

Adik dia, namanya Aima(bakal adik ipar aku). Nama penuh aku lupa. Ahaks ;-p. Dia ada exam petang tu sampai pukul 5.30 petang. Final Exam untuk asasi. Dia suruh kami bersiar-siar dulu. Erm, mana nak pergi ye. IKEA?? Yes IKEA. Aku tak pernah masuk IKEA lagi. Apa lagi, terus ke sana. Boleh la sikit-sikit cari barang-barang rumah(untuk rumah kami nanti). Dah sampai, terkejut jugak. Besarnya IKEA ni. Satu hari jalan pun tak habis(ni kalau orang yang nak survey semua barang punya). Teliti satu demi satu barang, boleh tahan jugak harganya. Barang berjenama la katakan. Kalau macam ni, inter-window shoppinglah. Tengok saja barang-barang yang ada dan akhirnya jumpa jugak barang-barang yang ada SALE. Aku dan tunang aku beli apa yang mampu saja(kuali, periuk, senduk…). Masa berlalu dengan pantas dan kami dikejutkan dengan panggilan telefon. Ok, kami nak ke UIA ambil Aima. Selepas kami ke Mid Valley dan bertujuan nak makan Makanan Jepun, Teppanyaki. Makanan ni diorang masak depan kita. Tapi kepada pe-anti² sayur(tak makan sayur), rugi makan kat sini sebab sayur memang banyak sangat. Makanan dan jisim seimbang la katakan.



Masa pukul 8 malam, sudah sampai masa untuk hantar Aima balik ke kampus. Selesai hantar dia, aku pun telefon Abang Kamsani untuk berjumpa malam ini seperti yang dijanjikan, Selayang. Kata beliau, Abang Farid pun ada sekali. Rupa-rupanya memang tempat lepak diorang pada hari minggu. Aku pergi ke Sungai Buloh semula sebab nak ikut Abang Kamsani. Aku mana ler tahu tempatnya. I’m Outsider. Gaijin. Tiba di area Sungai Buloh, Abang Kamsani pun sampai juga. Aku ikut dia ke destinasi berikutnya. Sudahlah malam, bawa kereta laju. Aku kat belakang ni terkontang-kanting dibuatnya. ;-p. Tapi, ikut tetap ikut. Tatatertib jalanraya mesti mahu jaga juga.



Dari kiri : Farid@Qristina, AKU, Kamsani@WiteSakura

note : Diorang bukan Mak Nyah tau. Hahahahahahaha

Setibanya kami di kawasan tersebut, Abang Farid dan Tauke Kedai Makan tu tengah rancak tengok MUvsEVERTON. Aku pun salam diorang. Farid tengah kuhsyuk tengok game. Tak nak kacau. Tapi, aku kacau jugak.. aku sorak kuat-kuat. GO EVERTON GO!!!Abang Kamsani terus sapa aku. Aku tahu dia Fan MU pastu dia beritahu aku yang sini memang FAN MU punya port. Ahaks, satu langkah yang kurang bijak telah aku lakukan. ;-p. Sembang punya sembang dengan diorang ni sambil memperkenalkan tunang aku kat diorang. Sedar-sedar dah pukul 11 malam. Aku nak balik Ipoh ni. Masih jauh lagi perjalanan aku. Kebetulan semua dah nak beransur pulang, aku pun mengiyakan saja. Aku pun nak pulang juga. Pulanglah aku pada malam itu dengan penuh berhati-hati. Mata sudah mengantuk. Akhirnya, selamat sampai jua kami di Ipoh pada pukul 3 pagi. Bawa kereta slow jer, out of servis dah mata ni.

Hehe, sekian dari aku untuk kali ini…

2 comments:

  1. hahahaha.. cik rie oh cik rie!!

    -from Mr. Keli-

    ReplyDelete
  2. hehehehe.. azmi oh azmi..
    sabtu ni gi mancing!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...