Fellowship of My Blog

nuff

24 February 2010

M NASIR - Anak-anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi lagu

Ketakutan hari-hari ini


Anak-anak kitakah yang memikul beban

Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal

Budaya canggung bangsa sendiri


Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar

Selamatkan anak kita

Orde baru politikus usang


Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar

Dengan senapang kayu ubi

Cambah tak kenal bahaya


Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang kerana terlalu mabuk

main lastik Dan berpistolan

Pistol-pistolan


Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita

Kita ini orang merdeka


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi


Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan dimomok lagi


Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...