Fellowship of My Blog

nuff

27 December 2011

SCAMMER - BUTTERFLYKISS AZIRA (Berhati-hatilah)

Salam semua blogger,

saya nak berkongsi pengalaman semasa saya hampir nak di 'scam' oleh minah nie. Ingatkan minah salleh ni minat kat saya(hahaha) tapi rupanya nak SCAM. Nama dia Butterflykiss Azira. Sekarang ni dia dah block saya di dalam Facebook. Mungkin dengan post ini dia akan tukar nama beliau, so berhati-hatilah.. AYAT DIA MEMANG CAIR BEB!!!!

P/S : Kawan saya pun nak try dia jugak... ayat dia sama jer.. confirm scammer!!! :-D




20 December 2011

Aku Adalah Al-Hin

from Rawatan Islam Darul Manzil by Darul Manzil 





Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------


Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:


1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak mem
perhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan
berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi,
bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.
Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian.. 

p/s : Artikel ini diperoleh dari kawan saya. Saya panjangkannya kepada kalian yang menjenguk blog ini. Terima Kasih

20 August 2011

GIRLFRIEND vs WIFE



                                                                                  
     
Wife is like TV
Girlfriend is like Hand Phone(HP)
At home watch TV
Go out bring HP

No money, sell TV
Got money change HP
Sometime enjoy TV
But most of the time play with HP

TV free for life
HP, if you don’t pay, services terminated
TV is big, bulky and most of the time old
HP is cute, slim, curvy, portable at any time

Operational cost for TV is often acceptable
HP is high and often demanding
Most important..................
TV got remote.............HP don’t have........

Last but not least...........
TV never get virus, but HP yes......have virus..
Once get it, terus KONG.....so better choose TV...... :)
Haahaahaa.................!!!

BERPUAK DALAM KOMUNITI




Salam, 
Adalah perkara yang biasa apabila penulis blog tu adalah insan yg tak berapa "PRO"(termasuklah aku) dalam blogging dan memang tidak dinafikan memang ada bermacam-macam jenis blogger di alam cyber ni.
Ada yang macam journalist, ada yang macam kindergarden pun ada walhal umur dah tua(ngahahah), ada yang serius, dan macam-macam lagi tapi itu adalah kaedah masing-masing untuk menarik customer.  CHEEWAHHH!!! Tapi tu ler, bila dah ada komuniti masing-masing akan terjadinya puak-puak batu api, hasat dengki.. ngahahahaha
Bab ni confirm akan pilih kawan. Kawan macam mana? hehehe, macam nie. Blogger-blogger ni akan memilih kawan yang ada ranking@popular tinggi dengan hasrat nak menumpang populariti. Tapi manusia kan insan yang lemah, bila dah rapat dengan TOP tu mula lah dah perasan diri tu hebat. Blogger macam aku ni tak berapa pandang ye. Lagi-lagi la bila aku dah delete WIDGET SHOUTBOX & CHATBOX!! HAHAHAHA.. Ala, korang tu setakat menumpang je, aku ni survive sendiri tau. Bak kata pepatah "Tak duduk di celah ketiak ibu dah" @ senang nak cakap "TAK MANJA".
Berdasarkan pengalaman yang hampir 2 tahun blogging nie, memang ada puak-puak yang hebat dalam blog(tinggi trafiknya) dan ada juga yang lemah dalam blog (rendah trafiknya). Tapi janganlah si TRAFIK TINGGI ni memandang lekeh terhadap si RENDAH TRAFIK ni. Jadi, bila ini berlaku maka bergelarlah blogger sombong dan perasan hebat dan perasan bagus. Bagus sangat ke?!! ngahahaha
Ini tidak bagus untuk komuniti blogger sebenarnya. Setiap blogger haruslah membuangkan sifat-sifat seperti ni dan jadikanlah blog ini medium berkongsi ilmu dan bersosial selain dari FACEBOOK yang tengah HOT sekarang ni.

Sekian nurkilan dari saya. ngahahahah.. 

p/s : Tak nak kawan sudah, nama dia BEDAH!!! :-D

19 August 2011

Bahayanya BAHASA MELAYU


Why Malaysian Government insists on using English 
for math and science? This is because the whole 
world uses the language as an information and/or 
technology language. 

How dangerous it will be if we try to use Bahasa, 
especially in school. See example below: 
  
  Hardware        = barang keras 
  Software          = barang lembut 
  Joystick           = batang gembira 
  Plug and play  = cucuk dan main 
  Port                  = lubang 
  Server              = pelayan 
  Client               = pelanggan 


Jika diterjemahkan: 

Dalam ENGLISH : 
"That server gives a plug and play service to the 
clients using ither hardware or software joystick. 
The joystick goes into the port of the client." 

Dalam BAHASA: 
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk 
dan main dengan menggunakan batang gembira jenis 
keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan 
ke dalam lubang pelanggan." 

Indahnya bahasa..


kuang kuang kuang :D

JASADNYA TIDAK DITERIMA BUMI.. IKTIBAR!!!


"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. 

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.  Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.  

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.   

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. 

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat...... 
UBI KAYU yang sangat besar. 

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

* jgn marah...aku pun terkena gak...poyo betulla...sapa punyer keje...sah
konpom xder keje...." 

KENAPA YAHUDI TAK MINUM COKE & PEPSI

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... Dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Dia nak cari jalan untuk serang cara lain. Tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat Mesir tu. Dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. 

Menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! Kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. So kalau minum banyak & at that time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies.

Mari kita buat COKE ni jadi sabun gantikan Sabun Toilet yang berada di pasaran

18 August 2011

10 KEBAIKAN COCA-COLA


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
  
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.


p/s : Awas!! Kalau boleh jangan Minum..

AEON OF STRIFE REVOLUTION (StarCraft)


First MOBA Games - Aeon of Strife from StarCraft


MOBA games harken all the way back to the days of the original StarCraft, when the custom map Aeon of Strife was created. This map streamlined the traditional real time strategy paradigm by placing the opposing bases under the control of the AI -- each base spawned minions to attack the other down predictable, preset paths called "lanes".


Allied with each of these two AI-controlled bases were two opposing teams of players, with each player in command of a single, powerful hero unit (or "champion"). Without the intercession of the players, the two bases would fight to a standstill, neither making any headway towards the other.


Aeon of Strife, however, was subject to the limitations of the StarCraft map editor, and as a result, didn't possess enough intricacy to hold the lasting attention of a hardcore playerbase.


As a result, the MOBA genre didn't truly begin to blossom until the birth of Defense of the Ancients, a community mod built using the more powerful Warcraft III world editor, which allowed for the creation of much more robust champion units. Players could now earn money and experience for their champions by killing enemies, gaining levels and acquiring equipment to help them wage war. It was here that the standard paradigms that would define the genre would begin to take shape.



DotA
Pros:
The original concept
Has every Hero
Balanced by Icefrog
Cons:
Leavers
Graphics
Limited by WCIII engine
----------------------------------------------------------------------------------------------
Heroes of Newerth
Pros:
Faster gameplay
Graphics
Similar to DotA in playstyle
Matchmaking
Stat Tracking
Leaver penalty
Reconnect Feature
S2 Original Heroes
Shop Interface
Cons:
Not balanced by IceFrog
Not all heroes are ported from DotA
$30 Fee (Possible to trial)(NOW FREE2PLAY)
People aren't used to item names
DotA Heroes were slightly changed
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
League of Legends
Pros:
Completely different playstyle from DotA
Casual/Beginner friendly
Matchmaking
Stat Tracking
Leaver penalty
Reconnect Feature
"Free"
Original Heroes
Cons:
Riot Points
Completely different playstyle from DotA
Casual
Balance is supposedly awful
Little/No Competitive scene

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DotA 2
Pros:
DotA trademarked name. Attractive to old DotA players
Will have every Hero ported from DotA
Balanced by IceFrog
Run by Valve
Cons:
Similar in Dota playstyle
Graphic:
Cartoony like (LoL) but Solid like (HoN)
Radar same as Dota
UI mostly like LoL and HoN
Health Bar same as LoL but different in quantity.
LoL 1 Bar = 100hp
Dota2 1 Bar = 200hp

17 August 2011

DALAM BAS


Dalam bas,cikgu tanya adik Mat,
“Atas pokok ada 3 ekor burung,tetiba dtg seorg pemburu menembak geng tersebut lalu terkena sekor mati,lalu jatuh kebawah,sekor lagi terbang dan sekor lagi tetap tak lari,kenapa?

Adik Mat jwb,”Yg lari sebab takut dan yg stay tu sebab tergamam!”

“Salah” cikgu kata,

“Yg terbang, pergi balai polis buat repot, yg stay tuned tu tunggu sana jadi saksi,
tak pa cikgu suka cara kamu berfikir”


Dalam kelas, cikgu tanya soalan.
" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2.
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

hehehe...

werk... :D

02 July 2011

Mahligai Palm Spring Resort PD - Tolong jgn duduk situ!

Cerita ini saya dapat dari email.. so saya masukkan dalam blog saya..







Rabu, 15/6/11  – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PD  – 



Ø   1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.


Ø   6.30pm
Balik bilik. Husband nmpak 'benda'  di sebalik tangga & 'benda'  itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.


Ø   7.00pm
Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak 'bnda'  tu ada dlm toilet!)


Ø   7.20pm
Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’  nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!


Ø   7.25pm
Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!


Ø   7.40pm
Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu  kt situ. Hantu  tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai! Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena. 


Apartment yang disewa mereka




Khamis, 16/6/11  - Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas  & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka!  Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas. 


Jumaat, 17/6/11  - Anak saya cakap “mama, hantu  tu takut air. Hantu  tu nk main ngan baby, hantu  tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..” 


Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!

01 July 2011

BEYOND - (Hoi Fut Tin Hong - Boundless Oceans Vast Skies)"



Verse 1
Gum tin ngor, hon yea lui hon shuit piu gwor
Wai jeok lang kap liu dik sum wor piu yuen fong
Fung yue lui, jui gwor
Mou lui fun but ching ying chung
Tin hung hoi fut lei yue ngor, hor wui bin

Sui mut joi bin

Verse 2
Dor siu chi, ying jeok lang ngan yue gau siu
Chung mut yao fong hei gwor sum jung dik lei siong
Yat sat na, fong fat
Yeok yao sor sat dik gum gok
But ji but gok yi bin tam, sum lui ngoi

Sui ming bak ngor

Chorus
Yuen leong ngor jea yat sang but gei fong jung ngoi ji yao
Ya wui pa yao yat tin wui dit dou ohhhhnooo
Pui hei liu lei siong, sui yan dou hor yi
Na wui pa yao yat tin ji lei gung ngor

[Verse 1]

[Chorus]

Ying yin ji yao ji ngor
Weng yuen do cheong ngor dor
Dao bin chin lei

[Chorus] 

MAGIKA

Ok, cuba perhatikan gambar di bawah dan ikuti arahan yang diberikan dibawah. Anda pasti akan merasa perkara ini hebat!



1. Perhatikan gambar diatas, disebelah kiri adalah gambar muka orang yang marah dan disebelah kanan adalah muka orang yang tenang.


2. Sekarang, bangun dari tempat duduk anda dan anjak 8 kaki ke belakang. Pastikan mata anda masih menatap gambar diatas.


3. Anda akan lihat perubahan pada riak wajah dalam gambar diatas. Muka disebelah kanan akan bertukar dari tenang kepada marah dan muka di sebelah kiri akan bertukar dari marah kepada tenang.


Selamat Mencuba!!

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983..

MESTI KORANG INGAT NI..

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lagi satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan ... mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan  apek kat luar skola tuh... tak pun g beli nugget kat ?ah so? kantin sekolah..bawak balik..balik sekolah naik basikal reramai..best kan..

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.


lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk , teng teng, main getah..(nie la yang paling best skali...)

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

DAN DIORG TAK PAHAM MACAM MANE KITE BOLEH SURVIVE DKT UNIVERSITI TANPA
HANDPHONE...


hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu... rase cam nak ulang balik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...