Fellowship of My Blog

nuff

08 May 2011

PENUNGGU ISTANA

Pengarah
 
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Siti Nadhirah (Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
 
Sinopsis:
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.



PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak.

Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka.

Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton).

Antaranya, gambar publisiti yang disiarkan di merata media menunjukkan lima pelajar beraksi di tangga Istana Billah seperti artis. Apatah lagi salah seorang daripadanya ialah Sara Ali, pelakon yang sedang mencipta nama (atau mungkin ketika penggambarannya Sara belum lagi menjadi pelakon profesional?). Barangkali penerbit/pengedar harus lebih berhati-hati dalam merancang strategi pemasaran filem seperti ini. Namun demikian, ia tidak mengurangkan keinginan saya untuk menyaksikannya. Seperti mana acuan The Blair Witch Project (1999) dan Paranormal Activity (2007), Penunggu Istana adalah sebuah mockumentary - sebuah naskhah fiksyen yang dipersembahkan dalam format dokumentari.

Harus diakui, helah Penunggu Istana berjaya pada beberapa minit pertama. 'Lakonan' lima pelajar dengan kehadiran pasukan Seekers terasa tulen. Sisi nakal dan lepas laku Sara, YayaFiraMus dan Amar ditampilkan bersahaja, masing-masing dengan karakter tersendiri yang melengkapi pembinaan sebuah plot. Beberapa shot di dalam istana berjaya membangkitkan mood seram, terutamanya shot statik hasil kamera pacak untuk merakam entiti halus. Ia membangkitkan perasaan resah secara semula jadi, sama ada lembaga akan muncul ataupun tidak. Babak-babak awal berjaya disempurnakan dengan baik.

Kewujudan sebuah bilik yang dimangga pintunya juga adalah satu helah berkesan untuk kisah rumah berpuaka dan penonton tidak semestinya diberitahu apa yang ada di dalam. Sayangnya, lima pelajar itu hanya berminat untuk merakam 'hantu' tanpa menyelidik latar sejarah Istana Billah. Saya tertarik dengan idea apabila pelajar cuba 'menipu' dengan penghasilan visual palsu untuk mendapatkan lebih markah. Ini adalah paparan realiti secara sinikal, di mana kita sebagai penonton sentiasa mahu dimomokkan dengan sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar.
Menginjak ke pertengahan sehingga ke hujung filem, beberapa aspek ketulenan mula hilang. 'Lakonan' Fira sudah nampak dibuat-buat dan babak pertelingkahan sesama mereka terasa lemah. Saya tidak dapat menangkap emosi marah bercampur takut yang sepatutnya dirasai kelima-lima pelajar tersebut. Kerana filem ini dibikin sebagai sebuah dokumentari, penonton berhak untuk mempersoalkan logiknya. Bayangkan apabila sesuatu yang benar buruk sudah berlaku (sebagai contoh, Amar tiba-tiba hilang dan kelibat seakan hantu mula kelihatan), mengapa mereka masih lagi mahu berkeliaran di situ? (Ini kerana perasaan PANIK menguasai diri).

Saya memahami jika Penunggu Istana sebuah cereka fiksyen. Ada sebab mereka terus berada di situ untuk dijadikan cerita. Tetapi ini dokumentari. Sepatutnya, pelajar cuba keluar dari istana dan mendapatkan bantuan. Apatah lagi pada babak awal, istana itu ditunjukkan tidak jauh dari jalan raya. Apabila babak berbunuhan ditunjukkan, saya bertambah kecewa kerana ia tidak masuk akal(walaupun tak masuk akal tetapi tetap jugak mood seram itu timbul). Jika benar ada yang mati di Istana Billah, sudah pasti berita itu pernah disiarkan di surat khabar. Ia satu kejadian tragis, bukan sekadar kes kematian terpencil.

Filem sebegini sepatutnya ditamatkan dengan kesudahan yang lebih tergantung dan misteri sifatnya. Saya yakin penonton tidak kisah untuk 'ditipu' jika mereka memang bersedia untuk itu, tetapi iklan filem ini tidak seperti yang disarankan. Bagaimanapun, melihatnya dari sudut positif, Penunggu Istana menjadi perintis kepada subgenre filem seram tempatan yang sudah dimulakan di luar negara sejak sedekad lalu.

TAHNIAH KEPADA SEMUA KREW & STAF PENUNGGU ISTANA KERANA MENGHASILKAN KARYA YANG BERMUTU TINGGI!!. 

WELL DONE..
 

1 comment:

  1. visit here frm Egypt~

    http://coretanfadlisabri.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...