BERPUAK DALAM KOMUNITI




Salam, 
Adalah perkara yang biasa apabila penulis blog tu adalah insan yg tak berapa "PRO"(termasuklah aku) dalam blogging dan memang tidak dinafikan memang ada bermacam-macam jenis blogger di alam cyber ni.
Ada yang macam journalist, ada yang macam kindergarden pun ada walhal umur dah tua(ngahahah), ada yang serius, dan macam-macam lagi tapi itu adalah kaedah masing-masing untuk menarik customer.  CHEEWAHHH!!! Tapi tu ler, bila dah ada komuniti masing-masing akan terjadinya puak-puak batu api, hasat dengki.. ngahahahaha
Bab ni confirm akan pilih kawan. Kawan macam mana? hehehe, macam nie. Blogger-blogger ni akan memilih kawan yang ada ranking@popular tinggi dengan hasrat nak menumpang populariti. Tapi manusia kan insan yang lemah, bila dah rapat dengan TOP tu mula lah dah perasan diri tu hebat. Blogger macam aku ni tak berapa pandang ye. Lagi-lagi la bila aku dah delete WIDGET SHOUTBOX & CHATBOX!! HAHAHAHA.. Ala, korang tu setakat menumpang je, aku ni survive sendiri tau. Bak kata pepatah "Tak duduk di celah ketiak ibu dah" @ senang nak cakap "TAK MANJA".
Berdasarkan pengalaman yang hampir 2 tahun blogging nie, memang ada puak-puak yang hebat dalam blog(tinggi trafiknya) dan ada juga yang lemah dalam blog (rendah trafiknya). Tapi janganlah si TRAFIK TINGGI ni memandang lekeh terhadap si RENDAH TRAFIK ni. Jadi, bila ini berlaku maka bergelarlah blogger sombong dan perasan hebat dan perasan bagus. Bagus sangat ke?!! ngahahaha
Ini tidak bagus untuk komuniti blogger sebenarnya. Setiap blogger haruslah membuangkan sifat-sifat seperti ni dan jadikanlah blog ini medium berkongsi ilmu dan bersosial selain dari FACEBOOK yang tengah HOT sekarang ni.

Sekian nurkilan dari saya. ngahahahah.. 

p/s : Tak nak kawan sudah, nama dia BEDAH!!! :-D

Comments

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)