Fellowship of My Blog

nuff

31 January 2012

Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi


Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS


1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.


Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. 




Selain itu, ada berbagai bentuk yang diperbuat daripada batok. Antaranya ialah Gelas Batok, Cangkir Batok(cawan), pinggan, sudu dan macam-macam lagi.

SOTO BATOK (Nyam nyam... ;P)
Gelas Batok

"Melepaskan batok di tangga" bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.



Burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi 'pheasant'. Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa 'harapkan pegar, pegar makan padi'.

OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...). Rupanya orang maksudkan pegar.

Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...