Fellowship of My Blog

nuff

27 June 2012

::Selamat Tinggal::





SELAMAT TINGGAL!!

Bukanlah kepada sesiapa pun yang nak diucapkan cuma kepada WIDGET yang suatu ketika dulu banyak membantu aku dalam dunia BLOG ini. Akan tetapi, aku sedari bahawa WIDGET ini tidak lagi berfungsi seperti dulu kala. So, keputusan aku... aku telah menetapkan pendirian aku untuk membuangnya. Selamat Tinggal MR LINKY. 


Banyak JASA BELIAU KEPADA AKU.




Dan aku telah membuat LINK-LINK atau dikenali sebagai EXCHANGE LINK ke blog-blog kegemaran aku untuk dilawati. 
ANDA BERMINAT untuk EXCHANGE LINK?? hehehe

25 June 2012

::Kelab Murtad Malaysia - Hasan Mohamed Ali::


WOH WOH WOH!!! Agak-agak ler penulis blog ni. Dalam blog ini dia kata nama dia Hasan Bin Mohamed Ali. Siapa Hasan Bin Mohamed Ali nie?




Aku google gambar ni TAPI confirm bukan Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali yang buat BLOG tu. MUSTAHIL!!!!


Aku harap pihak berkuasa dapat TRACE siapa empunya BLOG tersebut.


sila klik link ini untuk pautan ke BLOG tersebut :-



24 June 2012

:: MADAGASCAR 3 ::


HMMMM... Kali ni filem Madagascar ni tak banyak buat aku gelak. Aku pun tak tau kenapa? Sebab lawak dia still sama? WELL, tapi kalau filem ni ada 3D maybe buat aku terubat sedikit sebab masa diorang join team SARKIS n buat perubahan pada team tersebut.. Aku cakap WOW!!! so WARNA WARNI... kat situ jer terbaik... part lain aku tak pasti. Aku boleh kira aku gelak 2 kali jer dalam filem nie. WHY?? aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. 

so, rate aku boleh bagi filem nie 5/10.
AKAN TETAPI, kalau 3D.. aku boleh bagi 7/10

Selamat menonton.

p/s: Sistem RATING ni dari hati aku.. bukan IMDB ape jadah semua tu.. :D

::Liga GAGAK HITAM::



Salam,


Tujuan sebenar post ni bukan ditujukan kepada Gagak Hitam di dalam filem Gila-gila Remaja tetapi Gagak Hitam yang dah tak remaja tetapi GILA tu masih ada lagi. HAHAHA.. 


Sempena Euro ni, kami sekawan... almaklumlah masing2 dah bekeluarga dan kerja masing2 jauh. Tak macam dulu kami selalu lepak2 (chewah.. macam ler aku selalu lepak ngan kome).. caranya, kami nak merapatkan silaturrahim yang telah lama tak terputus pun.. dengan cara ALAM MAYA. Maka terhasil lah liga Gagak Hitam ini. Aku sebagai pengganti WEDEX (black goat) telah berada di tangga hampir2 tercorot. Almaklumlah, RAYA TAHUN 2012 ni confirm jadi BAHAN GELAK NIE!!!! HAHAHA


aku yang nombor 10 tu. habislah aku, masing2 Pheonix Bangkit dari Tido :D



21 June 2012

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

OK!! Itu INTRO dia.. HEHE.. Skang ni aku punya citer pulak!!

Sesampainya kami di Sabah, kami terus ke Gaya Street di Kota Kinabalu untuk check in di backpackers. Cut cost la katakan. Kami bermalam di sini selama satu hari. Terdapat beberapa pilihan hotel di sini tapi memilih yang ini juga. KENAPA? Aku pun tak tahu. Kene tanya penganjur. :D


Pada keesokan harinya, kami semua bergerak ke Kinabalu Pine Resort.  Sebelum sampai ke resort tersebut kami disajikan dengan tempat menarik. Contohnya, cuba tengok gambar bawah nie..


Kereta terbalik?? ya.. memang kat tempat ni semu terbalik. Rumah pun terbalik. TAK PERCAYA??!!
Tengok nie..


Di dalam rumah semua semua terbalik. Sekali masuk RM10 akan tetapi oleh kerana kekangan kewangan pada waktu tu, aku tak masuk. Member aku masuk dan cerita keadaan dalam tu. Dan semestinya geng-geng aku yang lain termasuk juga aku sendiri dengan hampanya mendengar kata-kata dari member aku "Kat dalam tu tak boleh tangkap gambar". Adehhhh!!! melepas nak tengok.. hahaha tapi tak nak masuk jugak.. hehe

Selepas itu, kami ke daerah Kundasang. Apa yang ada kat Kundasang? Gambar pls!!! OK OK




Ya.. Jambatan Tamparuli. Ada sejarah disebalik jambatan ni tapi aku lupa citer dia. Gayat jugak aku naik jambatan ni.

Selepas itu kami terus ke Kinabalu Pine Resort. CHECK IN!! Tempat memang menarik and rugi la kalau tak menginap di sini. Cuaca? Memang sejuk. First time rasa udara dingin di Sabah(selalunya Genting n Cameron Highland je.. hehe)


Selepas dah check in pula, kami semua keluar di area jual sayur-sayur dan buah-buahan. Depan resort jer. Jalan sikit dah sampai dan semasa perjalanan ke situ, kami disajikan dengan pemandangan Aki Nabalu ehh.. Gunung Kinabalu. Sungguh tergamam!!


Perut agak boyot masa nie. Baru lepas makan!! burrrppp.. Nampak belakang tu? Tu la Kinabalu yang terlindung di sebalik awan. Hahahaha... aku tak tipu.. betul.. 

Dan pada keesokan paginya, bermulalah ekspidisi kami. Aku sajikan gambar-gambar aku ketika di sana.








Macam sama jer background tu!!

Korang tanya aku best ke tak?? 

MEMANG BEST!!! BERBALOI!!! 

20 June 2012

Dari Hati

Satu tips yang aku terima dari Blogger dalam TV tadi yang bernama Fatin Liyana, 'Tulis lah entri dari hati'. Akan aku gunakan tips itu selepas ini supaya blog aku ini diterima masyarakat tapi masalahnya, aku tak suka letak gambar dalam blog sebab akan menyeksakan para pembaca blog aku ni nak load gambar-gambar yang berfail besar. Confirm diorang akan tekan 'Back' atau 'Close'; yang button X tu. :D

Aku pun sudah jadi macam FINAS buat tapisan entri-entri yang terdahulu dan delete yang tak perlu. Entri yang kurang ilmu aku delete terus. Takde maknanya nak simpan. :D. So, nantilah kemunculan entri-entri dari hatiku ini.

ADIOSSS!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...