Fellowship of My Blog

nuff

21 June 2012

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

OK!! Itu INTRO dia.. HEHE.. Skang ni aku punya citer pulak!!

Sesampainya kami di Sabah, kami terus ke Gaya Street di Kota Kinabalu untuk check in di backpackers. Cut cost la katakan. Kami bermalam di sini selama satu hari. Terdapat beberapa pilihan hotel di sini tapi memilih yang ini juga. KENAPA? Aku pun tak tahu. Kene tanya penganjur. :D


Pada keesokan harinya, kami semua bergerak ke Kinabalu Pine Resort.  Sebelum sampai ke resort tersebut kami disajikan dengan tempat menarik. Contohnya, cuba tengok gambar bawah nie..


Kereta terbalik?? ya.. memang kat tempat ni semu terbalik. Rumah pun terbalik. TAK PERCAYA??!!
Tengok nie..


Di dalam rumah semua semua terbalik. Sekali masuk RM10 akan tetapi oleh kerana kekangan kewangan pada waktu tu, aku tak masuk. Member aku masuk dan cerita keadaan dalam tu. Dan semestinya geng-geng aku yang lain termasuk juga aku sendiri dengan hampanya mendengar kata-kata dari member aku "Kat dalam tu tak boleh tangkap gambar". Adehhhh!!! melepas nak tengok.. hahaha tapi tak nak masuk jugak.. hehe

Selepas itu, kami ke daerah Kundasang. Apa yang ada kat Kundasang? Gambar pls!!! OK OK




Ya.. Jambatan Tamparuli. Ada sejarah disebalik jambatan ni tapi aku lupa citer dia. Gayat jugak aku naik jambatan ni.

Selepas itu kami terus ke Kinabalu Pine Resort. CHECK IN!! Tempat memang menarik and rugi la kalau tak menginap di sini. Cuaca? Memang sejuk. First time rasa udara dingin di Sabah(selalunya Genting n Cameron Highland je.. hehe)


Selepas dah check in pula, kami semua keluar di area jual sayur-sayur dan buah-buahan. Depan resort jer. Jalan sikit dah sampai dan semasa perjalanan ke situ, kami disajikan dengan pemandangan Aki Nabalu ehh.. Gunung Kinabalu. Sungguh tergamam!!


Perut agak boyot masa nie. Baru lepas makan!! burrrppp.. Nampak belakang tu? Tu la Kinabalu yang terlindung di sebalik awan. Hahahaha... aku tak tipu.. betul.. 

Dan pada keesokan paginya, bermulalah ekspidisi kami. Aku sajikan gambar-gambar aku ketika di sana.








Macam sama jer background tu!!

Korang tanya aku best ke tak?? 

MEMANG BEST!!! BERBALOI!!! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...