Posts

Maksud "Rakyat Didahulukan"

di sini ada saya lampirkan maksud "Rakyat didahulukan".. ini disebabkan masih ramai di luar sana keliru akan maksud ini : Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah : Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mengurangkan kadar jenayah. Memerangi rasuah. Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman. Menambah baik pengangkutan awam. Sementara   bagi   maksud   Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

LOGIN WANG

Image
Apa itu login wang? Login wang lebih kurang sistem tajaan seperti MLM. Aku pun kurang pasti sistem ni. Tapi aku dah daftar. Sebabnya, bila sampai target, kita boleh redeem seperti iPhone, Laptop, Desktop, dan sebagainya. Korang cubalah. LOGINWANG.COM

Rentak Juara

Image
BUKAN mudah untuk memenuhi hasrat dan keinginan semua pihak. Lebih sukar lagi untuk meyakinkan sesetengah pihak bahawa mereka tidak mempunyai bakat yang boleh diketengahkan. Justeru, didorong oleh rasa tidak puas hati, ada segelintir individu yang memberontak dan mempertikai keputusan yang dibuat oleh RTM dalam memilih band-band yang layak menyertai pertandingan Rentak Juara 2010. Sepanjang lebih enam dekad berkhidmat untuk negara, RTM pada asasnya berpegang pada prinsip sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang berbakat. Justeru, prinsip yang sama diguna pakai dalam Rentak Juara 2010 yang kembali dengan slogan Julang Jati Diri yang bermatlamat memberi peluang kepada pemuzik berkumpulan profesional dan amatur berentap di atas platform yang sama. Menurut penerbit Rentak Juara 2010 , Ain Sabrina Onn , pada sesi uji bakat menentukan band mana yang layak menyertai pertandingan ini, pemilihan dibuat dengan telus dan bijaksana tanpa sebarang unsur pilih kasih. RT.