Posts

KATA MAHATHIR : NIK AZIZ DAN KWAN YEW

Image
1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. 2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dal

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Image
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT : يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَ

ORANG ASLI BELAJAR CAKAP MELAYU

Dr.Kadir seorang botanis telah menghabiskan masanya bertahun-tahun dalam hutan Borneo. Kerana terlalu lama bersama Orang Asli, dia mula fasih akan bahasa mereka.  Sebelum berangkat pulang ke bandar, Dr. Kadir didatangi oleh ketua Orang Asli yang ingin belajar bahasa Melayu.   Sambil berjalan botanis itu mula mengajar. Jarinya menunjuk kepada sepohon pokok. "Ini pokok," kata Dr Kadir. "Pokok,"ikut Ketua Orang Asli. Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke arah batu besar di sebelah pokok itu. "Ini batu." "Batu,"kata ketua Orang Asli. Tiba-tiba...   mereka terdengar bunyi benda bergerak dari dalam semak berhampiran.  Mereka berdua menghampirinya dan ternampak sepasang anak muda sedang menunggang basikal. "Menunggang basikal,"kata Dr. Kadir menunjuk ke arah pasangan itu. Lalu ketua Orang Asli mengangkat senapangnya dan menembak pasangan itu. Melihat kejadian itu, Dr Kadir terkejut. Tidak pernah dalam hidupnya menyaksikan perl