Posts

Dive Trip : CSR Marin LHDNM

Image
Salam semua, Aku dengan rakan-rakan seperjuangan telah terpilih untuk membuat aktiviti sosial di Pulau Perhentian, Terengganu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menurunkan Tukun iaitu berbentuk seperti kon sebanyak 37 tukun. Tukun tersebut berfungsi sebagai perumah untuk tujuan pembiakan batu karang bagi memulihkan habitat alam laut dan ekosistem yang kini kian pupus. Doakan kami semoga berjaya menjalankan misi ini. Terima Kasih...

Al-Kisah Sebiji Burger

Image
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya. Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah. Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… “Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. “Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu. “Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah. Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata… “Mengapa sayang?” tanya penjual burger. “Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pa

UAI

Image
Salam semua, Saya saja nak share gambar dengan UAI. Peristiwa ni terjadi dekat A&W Batu Buruk Kuala Terengganu. Kamera dia canggih baiiiii.... huk aallooorrhhh ..hahahahha.. sempat dia buat lawak lagi.. hahaha