Posts

Sejarah : RM1.

Image
Salam, saja nak kongsikan uuit RM1 untuk dijadikan sebagai duit raya tahun ni. Adik-adik yang dapat duit raya tahun ni, belajar lah sejarah duit seringgit nie yer.. Sekian

Bosan

Image
Ya, setelah 2 minggu bercuti - tatkala bosan menyelubungi aku. Akibat kecederaan yang aku alami, aku hanya mampu untuk berjalan keluar dan menghabiskan masa siang ku di kedai Basikal LeVelo bersama Che Din dan teman akrabnya Ah Fai. Dengan menonton aksi-aksi downhill yang tertera di kaca TV kedai ini, aku hampir boleh mengecam semua video tersebut. Memula rasa best tetapi lama-lama dah muak. Sudah 14 ratus kali pasang ulang dan ulang.. faham tak 14 ratus kali? Nak jadi American la.. 14 hundreds. :-P Bilalah tangan aku ni nak sembuh? Huaaaaaaa... Cuti panjang lagi ni.....

Kemalangan : Sliding Door

Image
Salam, Tujuan aku menulis ini adalah untuk peringatan kepada yang lain. Aku suka melihat gelagat anak-anak kecil dan kucing-kucing yang aktif di dalam rumah. Tatkala mereka ini bermain pasti mencuit hati dan salah satunya terlanggar sliding door. Gelagat tersebut membuatkan aku terhibur sehinggalah pada tarikh 29/05/2013, satu kemalangan telah berlaku atas diriku. Hmmmm.. terus aku teringat detik-detik anak kecil dan kucing tersebut. Insiden yang lebih kurang sama akan tetapi impaknya berbeza. Aku mengalami kecederaan yg begitu serius. Luka yang mengelar atas tangan aku ini hampir mengenai isi. Ku lihat putih isi seperti kapas pada permulaan dan beberapa ketika terus dilimpahi cecair berwarna merah kegelapan di tengah-tengah kelaran tersebut. Rakan-rakan seperjuanganku yang berada di sekitar tempat kejadian dengan automatik memberi bantuan kepadaku. Ada yang memberikan aku air manis untuk memberi tenaga kerana kehilangan darah. Ada juga yang memberikan aku minyak cap kapak supaya memb