03 February 2011

RACHEL CORRIE

Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie  yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...


Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan....


Perjuangan Sedunia untuk Palestin



Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).



Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan
Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?



Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). 


Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Sebelum dilanggar


Selepas dilanggar

 Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.





Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.







RAHSIA DINAR IRAQ YANG PERLU ANDA TAHU

Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar ( USD 3.22 = IQD 1.00). Ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada. Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.

Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49. Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!

Jika anda membuat kajian, anda akan dapati setiap kali konflik besar akan dituruti oleh kejatuhan matawang sesebuah negara. Matawang juga akan kembali melonjak apabila negara itu bangun dari kehancuran akibat peperangan.

Hari ini Iraq sedang aktif membina kembali simpanan rezab asingnya. Ini adalah kunci kepada kekuatan tukaran asing sesuatu matawang. Langkah pertama mereka ialah mendepositkan USD5 bilion dengan Perbendaharaan Amerika, membolehkan Iraq menikmati pulangan melebihi USD150 juta setahun.

Jumlah hutang Iraq kepada dunia semakin mengecil. Amerika Syarikat sendiri telah melupuskan semua hutang Iraq sama ada hutang sebelum perang atau pun hutang selepas perang. Perjanjian Paris juga menyaksikan kebanyakan negara termasuk Rusia telah melupuskan 85% hutang Iraq kepada mereka.

Iraq bukan hanya kaya dengan sumber asli minyak dan gas. Kedudukannya yang strategik, mengalir antaranya dua sungai penting, Tigris dan Euphrates, membentuk tanah luas yang subur. Pelaburan dalam bidang pertanian semakin bercambah menyebabkan Iraq disebut-sebut sekali lagi sebagai “Periuk Nasi” Timur Tengah.

09 October 2010

Buffer Earning

Alhamdulillah

Makin banyak BE aku.. support aku ye kengkawan...
Terima Kasih kepada yang sudi menaikkan traffic di blog aku..

aku akan cuba support korang pulak..

Pembedahan Peha Kananku

Salam, 
Di sini nak menceritakan detik2 masa aku nak melakukan pembedahan..


MRI





Selepas Operation








Sekian saja untuk kali ini..

Tarikh Peristiwa : 08/10/2010-09/10/2010

02 September 2010

SHELL RM1.85/100 gram

Salam 1 Malaysia, 1 Blogger..

Di sini bukan saya nak ceritakan minyak Shell di Malaysia mahupun di luar negara. Memang kita tahu memang shell adalah minyak yang terbaik di dunia. Dan sememangnya dari Logo Shell tersebut mesti korang semua ingat Kerang seperti gambar ini..




Ya!!! Aku pun ingat memula Shell adalah Kerang seperti di atas ini tetapi aku
SALAH!!!

Sebenarnya, inilah Shell yang sebenar!!



Sekian saja dari aku..

p/s : Gambar ini diambil di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu..

01 September 2010

GETAH RAMBUT KONDOM

Be cautious of hair bands at open markets around the city ? they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!  

Take a good look before buying hair bands in future ? specially like the following kind?..
 


These Hair bands were made from used condoms and threads.


Baik korang check korang punya getah rambut.. takut2 lah kan...

PULANG sweet HOME

Adoyai letih satu badan kerana baru pulang ke Ipoh dari Terengganu.. Minta maaf sebab tak dapat Blogwalking sema pada hari ini.. memang letih.. esok nak kerja.. minta maaf ye semua blogger..

31 August 2010

MERDEKA - Asal Usul Nama Malaysia (Malingsialan) - Apa nak jadi orang2 Indonesia nie!!!

Salam 1 Malaysia, 1 Blogger...

Di sini, walaupun hari ini kita merdeka akan tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan negara kita terutamanya Indonesia. Jam menunjukkan waktu 2.00 am 31 Ogos 2010 dan aku berada di rumah makcik aku di Cheras.. al-maklumlah baru balik dari Terengganu.. letih travel jejauh nie. Jadi, aku pun takde la nak keluar pergi sambut merdeka malam ni.. macam biasa orang selalu buat.. ape org cakap tu.. 10 saat COUNTDOWN(memang best kira waktu nie). Letih sangat.. jadi aku pun cuba cari nama asal Malaysia.. entah kenapa tetiba aku nak surf perkataan tu. Masa belajar Form 3 dulu, cikgu sejarah aku ada cakap.. memula Malaysia nak letak nama Malaycia, Malay, Chinese, Indians, A = aku tak ingat.. hehehe..

Tetiba je aku terjumpa website ni.. aku jadi panas seketika.. bukannya ape.. tolong la orang2 Indonesia ni respect sikit kat negara kita.. Kita ni satu SEA(South East Asia).. ape2 pun kita tolong menolong antara satu sama lain.. aku bagi LINK ni nanti korang baca ekk.. 

korang komen la apa yang patut.. tetapi hatiku tetap panas!!!

28 August 2010

IKAN MENYUSU

Best nya.. Comelkan.. tapi di Malaysia, masih ada lagi yang sanggup buang manusia..





WOW!!! NUFFNANG BUFFER


Salam sermua, agak2 berape uniques baru Nuffnang nak bagi Buffer ek? Tapi ni pun kira dah cecah rekod aku sendiri.. Alhamdulillah, dekat 200 jugak la.. Buffer tu bape uniques? 300? 400?

27 August 2010

Ariel dengan Luna

JAKARTA 26 Ogos – Luna Maya yang dinamakan sebagai suspek dalam kes video lucah bersama kekasihnya, Ariel Peterpan, dilapor berbuka puasa bersama teman lelakinya itu Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam.
Lebih bermakna buat model itu, acara berbuka puasa semalam turut dihadiri bakal mertuanya, ibu bapa Ariel yang kebetulan menemani anak mereka.

“Luna hadir ke sini semalam bagi menemani kekasihnya berbuka puasa. Ibu bapa Ariel turut ada sama,” kata seorang penyiasat di sini hari ini.

Luna yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-27 esok juga pasti gembira kerana dia diberi kebenaran untuk meraikannya bersama Ariel yang sedang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Jakarta, di sini.
Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto ketika ditemui hari ini berkata, bagaimanapun aktres itu perlu mengikuti beberapa syarat tertentu.

“Kebetulan esok Luna perlu lapor diri seperti yang diarahkan. Jika sambutan hari lahirnya diadakan di ruang tamu, tiada masalah bagi kami,” katanya.

Berkaitan kes video lucah yang turut melibatkan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari, beliau berkata, kertas siasatan kedua-dua suspek wanita itu telah dilengkapkan dan akan diserahkan kembali kepada pihak pendakwa raya Jumaat ini.

“Lokasi perbicaraan masih belum ditentukan, tetapi lebih baik jika ia dibuat di lokasi mereka merakam video lucah itu.
“Kita perlu berbincang dengan pendakwa raya untuk tujuan itu dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya lokasi kejadian,” ujarnya. – Agensi

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...