28 September 2018
Bermacam pantang larang sebab LAKSA. Apa Salah LAKSA sebenarnya?
Mari kita lihat dari perspective Sains Makanan.
Ikan selayang sering digunakan sebagai bahan utama dalam kuah Laksa. Ikan Selayang antara ikan yang tinggi kandungan asid amino Histidine. Histidine (non toxic) akan ditukar kepada Histamine (toxic) oleh bakteria (Histamine producing bacteria - HPB).
Histamine poisoning atau Scombroid poisoning boleh terjadi jika makan ikan tersebut. Simptom seperti kulit merah & panas, berdebar-debar, sakit kepala, loya, cirit-birit, rasa cemas, badan rasa tidak selesa, dan lain-lain. Simptom berbeza setiap individu bergantung pada tahap sensitiviti individu itu sendiri terhadap histamine dan kuantiti yang telah dimakan.
Jika ikan disimpan pada suhu bawah 15C sejurus selepas ditangkap sehingga ikan dimasak, Histamine poisoning dapat dielakkan. Memasak hanya boleh memusnahkan bakteria yang menghasilkan histamine, tetapi tidak akan memusnahkan kandungan histamine yang ada dalam ikan.
Jadi pelik kah kalau ada orang yang badan rasa tidak selesa selepas makan Laksa? Tidak. Bergantung pada sensitiviti individu itu sendiri terhadap histamine. Sebaiknya gunakan ikan segar sebagai bahan utama 😊
Rujukan:
1. Hans, P. R., & Dean, O. C. (2006). Foodborne Infections and Intoxications Third Edition.
Spain: Elsevier Inc.
2. Bari, M. L., & Yamazaki, K. (2018). Seafood Safety and Quality.
Taylor & Francis Group, LLC.
27 September 2018
PERHATIAN - DYXY LULUS UJIAN MAKMAL [SIRIM]
.
.
Rupanya masih ramai dikalangan pengguna DYXY belum tahu tentang Ujian Makmal Yang dijalankan Oleh SIRIM ke atas Produk DYXY Cosmetics
.
.
DYXY Cosmetics telah menghantar beberapa sampel yang diambil secara rawak kepada pihak SIRIM untuk dijalankan Ujian Makmal :
1⃣Microbiology Test
2⃣Heavy Metal Test
3⃣Skin Irritation Test
4⃣Eye Irritation Test
.
.
Alhamdulillah kesemua Ujian yang dijalankan oleh SIRIM ke atas BC Cream Foundation DYXY mendapati :
1⃣Tiada Bendasing Di Dalam Produk
2⃣Tiada Bahan Merbahaya
3⃣Tidak Menyebabkan iritasi pada kulit
4⃣Tidak Menyebabkan iritasi pada mata
.
.
Jadi, Gunalah DYXY tanpa was-was 😁
.
.
26 September 2018
Kod Negeri Kad Pengenalan
Johor 01, 21, 22, 23, 24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31, 59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38 , 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82
Misteri Sulur Bidar
Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.
Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.
Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.
Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.
Versi Pertama
Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.
Versi Kedua
Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.
Versi Ketiga
Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.
Versi Keempat
Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.
Versi Kelima
Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.
Versi Keenam
Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.
Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?
Perginya Permata Irama Malaysia
Sakit Jantung
24 September 2018
Pos Yum #NatureHunter
| Signage |
| Trekking lebih kurang 200meter "SAHAJA" |
| BBQ bersama Chief Chef AziziGoYehYeh dan anak buahnya |
| Tugu Negara Versi Air Terjun |
| Ni makan masa balik dari Pos Yum. |
P.Ramlee - Dendang Perantau
Intro : Am/G/Am (2x)
Am
Di hari raya
G
Terkenang daku kepada si dia
F
Kampungku indah nun jauh di sana
E
Ayah serta bondaku
Dm
Di tepian mandi
G C
Danauku hijau yang aman damai selalu
F Dm
Nun di sanalah tempat aku bertemu
E Am
Aku dan dia
Apakan daya
E
Masa tak akan kembali
F G F F-G-F-E
Hancur musnahlah semuanya
Dm
Impian yang murni
G C
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
F Dm
Hanya rangkaian kata dan lagu
E Am
Dendang perantau
Ulang dari chorus
21 September 2018
Eza Edmond - Bahagia
06 September 2018
Sebat: Penafsiran Agama Yang Sempit?
01 August 2013
Chua Boon Huat : Hilang satu LAGENDA
Kamu merupakan Lagenda Hoki Malaysia.
GAZA : Mohon untuk sebarkan...
BERITA TERKINI PERLU DIAMBIL PEDULI OLEH SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...
As salam ya sahabat
Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. Kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan yang menghubungkan Gaza dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.
Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dari MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1,000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja.Mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah
antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan kpd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang
amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah
umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.
Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan
tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam
kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika
itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak?".
Sila sebarkan jika anda peduli.
Featured Post
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?
Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...
-
Apa komen anda semua? Kami mengharapkan agar saudari Masitah kembalilah ke pangkal jalan Islam. Janganlah menghancurkan harapan keluarga sa...
-
Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia . Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberan...







