13 July 2012

::UNCLE DILANDA DUGAAN LAGI::



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua.

Dukacita dimaklumkan bahawa beliau kini dalam status"membimbangkan" dari segi tahap kesihatan dan memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala. Dikala ini beliau bersendirian dan gigih menjalani rawatan di sempadan Wang Kelian Perlis.
 

Jika ada sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat semua, boleh lah disalurkan ke :

1217-0048508-52-1 (CIMB) nama : Shaifful Hairi b Ramli

159012-90-2421 (maybank) - Aswani Mohd Fazil  

Dibawah ini adalah surat pengesahan dari doktor untuk pengesahan semua. Walaupun pada ketika ini beliau menjalani kaedah penyembuhan secara tradisional, tapi beliau masih lagi memakan ubat seperti yang dianjurkan oleh doktor yang merawatnya.

Diharap dengan sumbangan iklas ini dapat membantu beliau untuk menghadapi dugaan ini.

 >> BLOG BELIAU <<

12 July 2012

::Tun Mahathir::


Muslimin dan muslimat, insan ini bukan ulamak namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim. Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat Nik Aziz. Tetapi dialah yang mengerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam di Bosnia disembelih oleh pengganas Serb.

Dia juga pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine. Ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

Insan ni digelar MahaFiraun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan Islam dimata dunia. Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa, dia berusaha untuk memajukan bangsa dan juga negaranya. Dia berkerja untuk semua rakyat Malaysia..

Yang menarik, dia tidak kemaruk nama, contohnya dia menolak kereta nasional dinamakan atas namanya. Begitu juga Putrajaya, sekolah, jalan dan bangunan seperti Menara Petronas, Yayasan atas nama dia pun ditolaknya.

Lihat saja Putrajaya, sebelum ni ada puak jumud tu nak jual kalau dorang menang Pilihanraya. Kononnya sebab membazir duit rakyat. Tapi sekarang ni mereka berebut nak duduk kat situ. Sekarang ni baru mereka tau, Putrajaya ni bukan sahaja berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran, tapi turut menjadi pusat pelancongan.

Cuba datang solat kat Masjid Putrajaya tu contohnya, ada sahaja bas pelancong yang datang. Jangan lupa juga macam-macam event bertaraf dunia diadakan di sana. Sebelum ni ada tak puak-puak jumud 
PAS  terfikirkan benda-benda macam tu? Tapi Tun Mahathir dah fikir awal-awal lagi. Semua tu membawa keuntungan kepada rakyat.

Dia berjuang dalam diam. Tak payah tabur janji satu negara, tak payah umpan syurga untuk cari sokongan, yang ni baru la
'The Truly' hero kepada negara Malaysia yang tercinta.

Dialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.....Father of Modern Malaysia

06 July 2012

::Ikan Duyung::

SOALAN INI DITUJUKAN UNTUK LELAKI. WALAU BAGAIMANAPUN JIKA ADA PIHAK WANITA MAHU MEMBUAT PILIHAN BAGI PIHAK LELAKI, DIPERSILAKAN.
HEHEHEHE

::Iklan Guiness STOUT::

27 June 2012

::Selamat Tinggal::





SELAMAT TINGGAL!!

Bukanlah kepada sesiapa pun yang nak diucapkan cuma kepada WIDGET yang suatu ketika dulu banyak membantu aku dalam dunia BLOG ini. Akan tetapi, aku sedari bahawa WIDGET ini tidak lagi berfungsi seperti dulu kala. So, keputusan aku... aku telah menetapkan pendirian aku untuk membuangnya. Selamat Tinggal MR LINKY. 


Banyak JASA BELIAU KEPADA AKU.




Dan aku telah membuat LINK-LINK atau dikenali sebagai EXCHANGE LINK ke blog-blog kegemaran aku untuk dilawati. 
ANDA BERMINAT untuk EXCHANGE LINK?? hehehe

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...