29 June 2011

Gereja Yang Dihiasi 40 Ribu Tulang Umat Islam

Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil .

Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan  biasa. 


Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat Islam untuk dijadikan binaan dinding.


Pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut. 

Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja tersebut.






 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang syahid di bumi Bosnia .

25 June 2011

AIR AJAIB

Assalamualaikum


 
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
   
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :
 
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
 
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri  daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
 
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau  menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.  Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
 
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”


Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
 
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah.
 
Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
 

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
 
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.


 
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
 
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
 
“Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula,
jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.
 
Wassalam.

08 May 2011

PENUNGGU ISTANA

Pengarah
 
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Siti Nadhirah (Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
 
Sinopsis:
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.



PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak.

Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka.

Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton).

Antaranya, gambar publisiti yang disiarkan di merata media menunjukkan lima pelajar beraksi di tangga Istana Billah seperti artis. Apatah lagi salah seorang daripadanya ialah Sara Ali, pelakon yang sedang mencipta nama (atau mungkin ketika penggambarannya Sara belum lagi menjadi pelakon profesional?). Barangkali penerbit/pengedar harus lebih berhati-hati dalam merancang strategi pemasaran filem seperti ini. Namun demikian, ia tidak mengurangkan keinginan saya untuk menyaksikannya. Seperti mana acuan The Blair Witch Project (1999) dan Paranormal Activity (2007), Penunggu Istana adalah sebuah mockumentary - sebuah naskhah fiksyen yang dipersembahkan dalam format dokumentari.

Harus diakui, helah Penunggu Istana berjaya pada beberapa minit pertama. 'Lakonan' lima pelajar dengan kehadiran pasukan Seekers terasa tulen. Sisi nakal dan lepas laku Sara, YayaFiraMus dan Amar ditampilkan bersahaja, masing-masing dengan karakter tersendiri yang melengkapi pembinaan sebuah plot. Beberapa shot di dalam istana berjaya membangkitkan mood seram, terutamanya shot statik hasil kamera pacak untuk merakam entiti halus. Ia membangkitkan perasaan resah secara semula jadi, sama ada lembaga akan muncul ataupun tidak. Babak-babak awal berjaya disempurnakan dengan baik.

Kewujudan sebuah bilik yang dimangga pintunya juga adalah satu helah berkesan untuk kisah rumah berpuaka dan penonton tidak semestinya diberitahu apa yang ada di dalam. Sayangnya, lima pelajar itu hanya berminat untuk merakam 'hantu' tanpa menyelidik latar sejarah Istana Billah. Saya tertarik dengan idea apabila pelajar cuba 'menipu' dengan penghasilan visual palsu untuk mendapatkan lebih markah. Ini adalah paparan realiti secara sinikal, di mana kita sebagai penonton sentiasa mahu dimomokkan dengan sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar.
Menginjak ke pertengahan sehingga ke hujung filem, beberapa aspek ketulenan mula hilang. 'Lakonan' Fira sudah nampak dibuat-buat dan babak pertelingkahan sesama mereka terasa lemah. Saya tidak dapat menangkap emosi marah bercampur takut yang sepatutnya dirasai kelima-lima pelajar tersebut. Kerana filem ini dibikin sebagai sebuah dokumentari, penonton berhak untuk mempersoalkan logiknya. Bayangkan apabila sesuatu yang benar buruk sudah berlaku (sebagai contoh, Amar tiba-tiba hilang dan kelibat seakan hantu mula kelihatan), mengapa mereka masih lagi mahu berkeliaran di situ? (Ini kerana perasaan PANIK menguasai diri).

Saya memahami jika Penunggu Istana sebuah cereka fiksyen. Ada sebab mereka terus berada di situ untuk dijadikan cerita. Tetapi ini dokumentari. Sepatutnya, pelajar cuba keluar dari istana dan mendapatkan bantuan. Apatah lagi pada babak awal, istana itu ditunjukkan tidak jauh dari jalan raya. Apabila babak berbunuhan ditunjukkan, saya bertambah kecewa kerana ia tidak masuk akal(walaupun tak masuk akal tetapi tetap jugak mood seram itu timbul). Jika benar ada yang mati di Istana Billah, sudah pasti berita itu pernah disiarkan di surat khabar. Ia satu kejadian tragis, bukan sekadar kes kematian terpencil.

Filem sebegini sepatutnya ditamatkan dengan kesudahan yang lebih tergantung dan misteri sifatnya. Saya yakin penonton tidak kisah untuk 'ditipu' jika mereka memang bersedia untuk itu, tetapi iklan filem ini tidak seperti yang disarankan. Bagaimanapun, melihatnya dari sudut positif, Penunggu Istana menjadi perintis kepada subgenre filem seram tempatan yang sudah dimulakan di luar negara sejak sedekad lalu.

TAHNIAH KEPADA SEMUA KREW & STAF PENUNGGU ISTANA KERANA MENGHASILKAN KARYA YANG BERMUTU TINGGI!!. 

WELL DONE..
 

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...