Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Perkahwinan Sepupu ku - Raisah



Salam semua,

ok.. sebelum kenduri sepupu ku si Shaz tu, ada lagi satu sepupu aku kahwin. Kenduri dia pada bulan Mac hari tu.

Kami menginap di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel dia best, of course laa sebab pool dia. Bukan nya sebab pool dia sempoi ka apa, sebab anak2 nak pool. Jadi, mana2 hotel ada pool, akan aku kata sempoi. Kalau xde, habis la telinga aku dok terdengar bunyi bunyi merajuk dari anak-anak. 😅😅








Haa.. cerita sebelum sampai ke hotel ni agak mengerikan. Dalam perjalanan sebelum sampai ke hotel, lebih kurang 30km je nak sampai, baru teringat air panas water filter dah tutup ke belum. Aduhhh, teragak-agak nak patah balik. kalau patah balik, nanti lambat check in hotel. Penyudahnya, check in hotel dulu, hantar semua masuk bilik kemudian aku berangkat balik ke Ipoh malam tu jugak. Giler weii air panas tak tutup!!! Dah sampai rumah, tutup semua suis, patah balik ke Damansara malam tu jugak.. 😅😅 Letih?? memang letih.




Esok nya, kami berjalan ke The Curve. Apa yang best kat hotel ni, dia ada laluan link ke tempat-tempat shopping complex. So, tak payah guna kereta jalan kaki jaaa. 

Kenduri tu malam jadi ada masa sedikit la untuk berjalan-jalan dekat sini.

Setibanya kat Hotel… ⚡️⚡️⚡️ tu diaaaaaa.. butang baju melayu tak bawak!!! nayaaaa.. Dok fikirkan tema warna merah, baju tshirt takda merah masa tu. Kain sarung anak pun hilang ke mana ntah. Jemmm kepala sat. 

Ternampak brooch bini. Mintak 2 janji ada laa pengikat. Anak-anak pakai seluar yang baru beli dekat The Curve tadi (selamat ada beli). 

Gambar masa kenduri :-






















Itu saja coretan diari yang menjadi kenangan. 



Perkahwinan Sepupu ku - Syaz shaz ??



Ni sepupu ku, Nama Shazlin.. aku tak tau laa ejaan betui dia macam mana. Kahwin Jumaat minggu lepas. Area kenduri di di kawasan De’Kenduri. Korang boleh waze ke tempat tu.

Aku terpaksa amik cuti Jumaat tu sebab nak datang kenduri dia ni. Tapi hari tu laa jugak kebanyakkan sekolah tadika akan buat majlis raya sebab nak habis bulan dah. Kat ofis aku pun ada buat PotLuck. Alang2, aku hantar anak aku ke tadika n sekolah, aku datang ofis kejap hantar potluck aku. 

Aku buat Mee Sanggul ja. Mee sanggul Brand Azman. Mee nie memang sedap cakap hang!!! jap aku bagi gambaq dia sat.




Aku masak dua bungkus mee ni. 1 bungkus pun dah boleh 5 orang makan. Masak ala kadar je la (bahan dia udang sekilo RM35 & Sotong 500grams). 

Dapat pujian. Alhamdulillah, licin.. aku paling lambat sampai tapi mee aku tak sampai 5 minit, licin. Senang kerja nak basuh tupperware. 

Pastu settle semua, jam 1230pm, terus amik anak2 aku kat sekolah. 

Dan bermulah perjalanan kami ke KL.




Kami menginap di Ibis Hotel sebab nak dekat dengan tempat kenduri. Tempat kenduri tu kami jalan kaki jaa dari hotel. Lebih kurang 400 meter. Pengantin pun berjalan dari hotel ke sana. 😅😅






Dah settle, balik…. balik ke hotel. Kami menginap 2 hari di hotel ni.

Breakfast sedap, kolam ok la.. janji ada. 







Lepas tu, kami bergerak ke KLCC. Masa ni dok berkira2 nak berjalan kaki atau naik kereta atau naik grab. Sebab jarak hotel ni dengan KLCC dekat jer. 1 kilometer. Maka, aku dah decide, naik kereta sajalah… Parking dalam 






Saja melayan keindahan Taman di KLCC sebab tiket wayang Dr. Strange pukul 730malam 🤣🤣.

Ok, itu sahaja. Jumpa lagi next post. 

Ride ke Penang


Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.
Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.

Jadi, bukan nak sembang Geografi kat sini. Kita nak sembang Ride kita ke Penang. Ipoh Mali Talak Sombong pergi ke Penang. Tiada perancangan. Rancang untuk pergi bila saja. Rancang nak ke mana masa kat Penang tu, takde.... HAHAHAHA..

Tarikh 1 MEI 2019 merupakan Hari Pekerja. Ramai jugak Geng Motor ride, selisih dekat highway tapi semua ke Selatan. Ada apa dekat selatan?? Ke Utara sedikit jer..


Rider-rider pada hari kejadian

Kebetulan geng ofis ada Kursus di Kelantan, so semua tunggu di ofis. Jadi meriah kejap.  Dan terima kasih Puan Suria sudi bergambar dengan kami sambil² hulur duit token. (bab ni tiada dalam Agenda.. rezeki)
Kehadiran Puan Suria Maimun, Alhamdulillah Puan Sponsor Makan Pagi dan Petang di Penang.

Pukul 8:30am, tayar golek terus ke Taiping. Sarapan pagi di area Padang Tupai. Apa nama kedai lupa dah!!! tapi ok la... mee kari konsep Ipoh bawak ke Utara. Kalau belah Taiping punya Mee Kari lain sikit..

Lepas makan pagi tu (guna duit token), tayar golek ke Penang terus susur ikut Jambatan Kedua. Kat sini lah macam² ragam.. yang mana kaki pulaiihh trottle sampai habis pun ada.. sabar je la..

Nak masuk Jambatan Kedua, masing²  confuse.. hahaha.. dari jalan kereta masuk jalan motor patah balik jalan kereta.. ikut jalan motor balik.. tapi ok la..

Yang tak OK!!! geng motor lain bergambar atas jambatan.. Bahaya brader.. tapi kalau dah geng motor, kami lalu jaa depa angkat tangan.. tanda minta maaf sebab amik gambar atas jambatan sebab view lawa. So, ok.. carry on.. tapi hati² la.

Keluar jambatan jer terus ke Batu Feringgi, dalam perjalanan hujan lebat. Dok bawah Fly-Over. Group kami terasing 2 fly-over. Ramai berhenti berteduh. Ada la dalam 40 minit lebih kurang.. Lepas tu berangkat terus ke Petronas Batu Feringgi.

Isi Minyak bagai, setting apa patut.. tandas ke apa.. pastu masing² rasa lapar. Nak makan tak tau dekat mana. Kebetulan ada Mamu baru lepas isi minyak.. tanya Mamu (motor Honda RS nampak macam rider jugak.. orang Penang) tanya dia tempat makan. Dia bagi cadangan depan Masjid Terapung.

Tanpa berlengah lagi, teruuihhh pi sana.. LAPARR!!!







dah settle makan semua, (jap... sedap beb.. murah lak tu...), kami singgah di Masjid Terapung. Memang banyak geng motor dalam kawasan masjid. Selesaikan apa patut..





ada la dalam Sejam lepak dekat masjid. Sakit punggung satu hal. hahahaha.. Dah ok, semua tanya nak pi mana. (dah dari tadi memang xde planning, bukan semua orang tahu jalan Penang pun). Mula ada cadang nak pi Padang Kota. Ada sorang kata tak setuju sebab ramai orang. Aku pun setuju jugak, rimas jugak tempat sesak-sesak ni. So, bagi cadangan turun ikut balik pulau. Perghhh layan lap.

jap jap... amik gambaq dulu dekat Hard Rock.



Gambar Empangan, sebelum empangan ni ada air terjun.


Gambar ni part best, pi hambat depa patah balik amik gambaq kat sini.


Lepak makan dekat Pencawang TNB sebelum susur keluar Jambatan Kedua.

Selesai sudah semua, kami bertolak dalam pukul 6:30pm ke Ipoh. dan Semua selamat sampai dalam sekitar jam 8:30pm di rumah masing².

Enjoy the Ride, Ride yang takde planning tapi best. Lepas ni jangan buat gila dah oiii... kereta senang sikit pakai GPS. Motor takde pengalaman lagi. Soket USB Charge pun tak install.. pasni terus setup laa itu USB dan phone holder.

Pos Yum #NatureHunter

Pos Yam@Yum, mana satu ejaan yang betul tak pasti. Tapi apa yang pasti adalah keindahan yang membuat semua terpesona sehingga malas rasanya nak buat aktiviti lain. Bukan sebab apa, masa sampai tu rasa letih sebab kena “hiking” sikit.

Saya share gambar yer dan biarlah gambar ini berbicara.




Isi Minyak SMART, last stesen minyak.. kalau tak isi.. pakat menolak semua..


Signage

Trekking lebih kurang 200meter "SAHAJA"



BBQ bersama Chief Chef AziziGoYehYeh dan anak buahnya





Tugu Negara Versi Air Terjun








Ni makan masa balik dari Pos Yum. 




Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...