Perkahwinan Sepupu ku - Syaz shaz ??
Ni sepupu ku, Nama Shazlin.. aku tak tau laa ejaan betui dia macam mana. Kahwin Jumaat minggu lepas. Area kenduri di di kawasan De’Kenduri. Korang boleh waze ke tempat tu.
Aku terpaksa amik cuti Jumaat tu sebab nak datang kenduri dia ni. Tapi hari tu laa jugak kebanyakkan sekolah tadika akan buat majlis raya sebab nak habis bulan dah. Kat ofis aku pun ada buat PotLuck. Alang2, aku hantar anak aku ke tadika n sekolah, aku datang ofis kejap hantar potluck aku.
Aku buat Mee Sanggul ja. Mee sanggul Brand Azman. Mee nie memang sedap cakap hang!!! jap aku bagi gambaq dia sat.
Aku masak dua bungkus mee ni. 1 bungkus pun dah boleh 5 orang makan. Masak ala kadar je la (bahan dia udang sekilo RM35 & Sotong 500grams).
Dapat pujian. Alhamdulillah, licin.. aku paling lambat sampai tapi mee aku tak sampai 5 minit, licin. Senang kerja nak basuh tupperware.
Pastu settle semua, jam 1230pm, terus amik anak2 aku kat sekolah.
Dan bermulah perjalanan kami ke KL.
Kami menginap di Ibis Hotel sebab nak dekat dengan tempat kenduri. Tempat kenduri tu kami jalan kaki jaa dari hotel. Lebih kurang 400 meter. Pengantin pun berjalan dari hotel ke sana. 😅😅
Dah settle, balik…. balik ke hotel. Kami menginap 2 hari di hotel ni.
Breakfast sedap, kolam ok la.. janji ada.
Lepas tu, kami bergerak ke KLCC. Masa ni dok berkira2 nak berjalan kaki atau naik kereta atau naik grab. Sebab jarak hotel ni dengan KLCC dekat jer. 1 kilometer. Maka, aku dah decide, naik kereta sajalah… Parking dalam
Saja melayan keindahan Taman di KLCC sebab tiket wayang Dr. Strange pukul 730malam 🤣🤣.
Ok, itu sahaja. Jumpa lagi next post.
Comments
Post a Comment