PENGALAMAN ANA DI KILANG PENYAPU
Sekadar nak release tension…….boleh la baca……. salah satu penyapu yang dihasilkan oleh Ana Saya Ana, umur saya baru 15 tahun. Saya gagal dalam PMR, saya terus bekerja untuk meringankan beban orang tua. Saya telah terbaca sebuah iklan yang terpapar di kedai 7-Eleven jawatan kosong sebagai Operator Kilang Penyapu di Sg Besi dengan gaji yang lumayan. Hampir 6 bulan saya bekerja disana, walaupun saya dibawah umur tetapi saya diterima bekerja untuk jawatan sementara. Dan sepanjang saya bekerja di sana saya tidak mempunyai apa-apa masalah, walaupun umur saya muda, tetapi perwatakan saya seperti anak dara yang meningkat remaja dan saya disenangi oleh semua pekerja di sana lebih-lebih lagi pekerja lelaki kerana masing-masing cuba memikat saya, maklumlah ayam muda....lalat pun tak berani hinggap!!!!! Dan saya senang berkomunikasi dengan rakan-rakan sejawat. Saya juga selalu ambil "overtime",...