Dive Trip : CSR Marin LHDNM

Salam semua,

Aku dengan rakan-rakan seperjuangan telah terpilih untuk membuat aktiviti sosial di Pulau Perhentian, Terengganu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menurunkan Tukun iaitu berbentuk seperti kon sebanyak 37 tukun. Tukun tersebut berfungsi sebagai perumah untuk tujuan pembiakan batu karang bagi memulihkan habitat alam laut dan ekosistem yang kini kian pupus. Doakan kami semoga berjaya menjalankan misi ini.

Terima Kasih...

Al-Kisah Sebiji Burger

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Weekend ni kalau free, ambil masa utk bermesra bersama mak ayah kita.

Senyum.....

UAI

Salam semua,

Saya saja nak share gambar dengan UAI. Peristiwa ni terjadi dekat A&W Batu Buruk Kuala Terengganu. Kamera dia canggih baiiiii.... huk aallooorrhhh ..hahahahha.. sempat dia buat lawak lagi.. hahaha

Budak larikan duit!!

Salam,

Mohon untuk sebarkan berita ini kerana untuk ummat sejagat. Terima Kasih ya kengkawan...

HARGA ROKOK SEBENAR

Salam, aku dapat info dari encik google yg menyatakan harga rokok sebenar. BETUL KE BOHONG? -AC MIZAL-

hehehe

FAKTA 99% lelaki beristeri lebih sayang kepada Anak


1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika sependa anaknya melorot pasti diangkatkan, tapi jika sependa isteri yang sudah londeh malah dilorotkan lagi...

2) 99% lelaki beristeri yang sudah punya anak, kalau lihat anak orang lain pasti ingat anak sendiri tapi kalau lihat isteri orang pasti lupa isteri sendiri...

3) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri kerana anak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Penyepit Daging"...

4) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju malah suruh dibukakan baju...

5) 99% lelaki yang beristeri lebih memberikan perhatian pada anak, kalau anak tonggeng dibantu untuk berdiri. kalau isteri, dah berdiri pun malah disuruh tonggeng pula...

6) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, anak sedang asyik main dirayu-rayu untuk tidur. Kalau isteri yang sudah asyik tidur pula dirayu malah diajak "main"..

Apabila dua penyokong berbalah hendak ke stadium(pasar)

Macam-macam gelagat penyokong apabila ke stadium.. inilah salah satu gambaran penulis.. hahaha..

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...