Ariel dengan Luna
JAKARTA 26 Ogos – Luna Maya yang dinamakan sebagai suspek dalam kes video lucah bersama kekasihnya, Ariel Peterpan, dilapor berbuka puasa bersama teman lelakinya itu Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam.
Lebih bermakna buat model itu, acara berbuka puasa semalam turut dihadiri bakal mertuanya, ibu bapa Ariel yang kebetulan menemani anak mereka.
“Luna hadir ke sini semalam bagi menemani kekasihnya berbuka puasa. Ibu bapa Ariel turut ada sama,” kata seorang penyiasat di sini hari ini.
Luna yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-27 esok juga pasti gembira kerana dia diberi kebenaran untuk meraikannya bersama Ariel yang sedang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Jakarta, di sini.
Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto ketika ditemui hari ini berkata, bagaimanapun aktres itu perlu mengikuti beberapa syarat tertentu.
“Kebetulan esok Luna perlu lapor diri seperti yang diarahkan. Jika sambutan hari lahirnya diadakan di ruang tamu, tiada masalah bagi kami,” katanya.
Berkaitan kes video lucah yang turut melibatkan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari, beliau berkata, kertas siasatan kedua-dua suspek wanita itu telah dilengkapkan dan akan diserahkan kembali kepada pihak pendakwa raya Jumaat ini.
“Lokasi perbicaraan masih belum ditentukan, tetapi lebih baik jika ia dibuat di lokasi mereka merakam video lucah itu.
“Kita perlu berbincang dengan pendakwa raya untuk tujuan itu dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya lokasi kejadian,” ujarnya. – Agensi
xhabis2 lagi kisah diorang nih
ReplyDeletelepas nih giliran mereka pula la kut masuk penjara
P/S : Lagenda Budak Setan Versi Drama Baru Bestttttt!
"k ros datang lg kat cni.."
ReplyDelete