CELCOM Permudah Bayaran Zakat




Untuk membuat pembayaran, pelanggan Celcom perlu menaip FITRAH dan dihantar ke 21999.

Mereka kemudian dikehendaki memilih negeri dan menyatakan maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan serta butiran individu di bawah jagaan yang ingin dibayarkan bersama.

Seterusnya, mereka akan menerima SMS untuk mengesahkan nilai yang akan dicaj sebelum mendapat resit bayaran daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Menariknya, untuk setiap SMS yang dihantar atau diterima, tiada sebarang caj dikenakan.

Selepas selesai pembayaran, pelanggan perlu melayari laman web mfitrah.celcom.net.my untuk tujuan pengesahan alamat e-mel.

Comments

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)