Kemalangan : Sliding Door

Salam,

Tujuan aku menulis ini adalah untuk peringatan kepada yang lain. Aku suka melihat gelagat anak-anak kecil dan kucing-kucing yang aktif di dalam rumah. Tatkala mereka ini bermain pasti mencuit hati dan salah satunya terlanggar sliding door. Gelagat tersebut membuatkan aku terhibur sehinggalah pada tarikh 29/05/2013, satu kemalangan telah berlaku atas diriku. Hmmmm.. terus aku teringat detik-detik anak kecil dan kucing tersebut. Insiden yang lebih kurang sama akan tetapi impaknya berbeza. Aku mengalami kecederaan yg begitu serius. Luka yang mengelar atas tangan aku ini hampir mengenai isi. Ku lihat putih isi seperti kapas pada permulaan dan beberapa ketika terus dilimpahi cecair berwarna merah kegelapan di tengah-tengah kelaran tersebut. Rakan-rakan seperjuanganku yang berada di sekitar tempat kejadian dengan automatik memberi bantuan kepadaku. Ada yang memberikan aku air manis untuk memberi tenaga kerana kehilangan darah. Ada juga yang memberikan aku minyak cap kapak supaya membuat aku sentiasa tersedar. Keadaan aku pucat masa tu. Bukan aku yang sendiri cakap aku pucat tetapi rakan-rakan yang berada di sekelilingku. Aku menarik nafas yang dalamnya boleh mencecah 30 meter kedalaman air dan cuba untuk bertenang. Bantuan EFR yang diberikan oleh pihak resort Water Colour adalah amat dihargai. Selepas pihak WC itu melihat luka aku, aku digegaskan ke Pulau Perhentian Kecil bagi mendapatkan rawatan yang lebih sempurna. Naik bot kecil pada waktu malam amat menggerunkan. Mana tidaknya, dah macam PASKAL nak pergi perang. Perasaan gerun tersebut hilang sedikit demi sedikit kerana ditemani rakan Diver aku iaitu Dive Master Faiz dan Dive Master Nan a.k.a Panjang. Rakan aku inilah yang memberi semangat ketika aku menerima rawatan kecemasan ketika berada di klinik tersebut. Terima Kasih ku ucapkan juga kepada Dive Master Shaz yang membuat dressing ke atas luka aku selepas kejadian tersebut. DAN SELEPAS INI DENGAN PASTI AKU FOBIA DENGAN SLIDING DOOR.

Terima Kasih Hasil Diver yang terlibat membantu aku pada waktu itu.

WARCRY : blup blup blup blup blup -> lawak betul.. sapa la buat cadangan warcry macam ni.. Nasib baik hari kejadian tukar Warcry yang lain.. muahahahahaha

Comments

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)