Bermacam pantang larang sebab LAKSA. Apa Salah LAKSA sebenarnya?
Mari kita lihat dari perspective Sains Makanan.
Ikan selayang sering digunakan sebagai bahan utama dalam kuah Laksa. Ikan Selayang antara ikan yang tinggi kandungan asid amino Histidine. Histidine (non toxic) akan ditukar kepada Histamine (toxic) oleh bakteria (Histamine producing bacteria - HPB).
Histamine poisoning atau Scombroid poisoning boleh terjadi jika makan ikan tersebut. Simptom seperti kulit merah & panas, berdebar-debar, sakit kepala, loya, cirit-birit, rasa cemas, badan rasa tidak selesa, dan lain-lain. Simptom berbeza setiap individu bergantung pada tahap sensitiviti individu itu sendiri terhadap histamine dan kuantiti yang telah dimakan.
Jika ikan disimpan pada suhu bawah 15C sejurus selepas ditangkap sehingga ikan dimasak, Histamine poisoning dapat dielakkan. Memasak hanya boleh memusnahkan bakteria yang menghasilkan histamine, tetapi tidak akan memusnahkan kandungan histamine yang ada dalam ikan.
Jadi pelik kah kalau ada orang yang badan rasa tidak selesa selepas makan Laksa? Tidak. Bergantung pada sensitiviti individu itu sendiri terhadap histamine. Sebaiknya gunakan ikan segar sebagai bahan utama 😊
Rujukan:
1. Hans, P. R., & Dean, O. C. (2006). Foodborne Infections and Intoxications Third Edition.
Spain: Elsevier Inc.
2. Bari, M. L., & Yamazaki, K. (2018). Seafood Safety and Quality.
Taylor & Francis Group, LLC.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?
Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...
-
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketingg...
-
Apa komen anda semua? Kami mengharapkan agar saudari Masitah kembalilah ke pangkal jalan Islam. Janganlah menghancurkan harapan keluarga sa...
-
Pengarah Wan Hasliza Penulis: Wan Hasliza : (Lakon layar) Wan Hasliza : (Cerita Asal) Lakonan: Adeek : Siti Nadhirah (Pelakon Ut...
-
Telah sampai mushaf paling pelik di dunia ke bandar Rasulullah saw. Mushaf itu tidak bertulis menggunakan pen dan tidak dengan dakwat...
-
PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawar...
-
Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Verse 1 Oh indahnya apabila Kita bersama Kau, aku, kita semua Tiada ...
No comments:
Post a Comment