Posts

Showing posts from October, 2018

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

Image
Telah sampai mushaf paling pelik di dunia ke bandar Rasulullah saw. Mushaf itu tidak bertulis menggunakan pen dan tidak dengan dakwat dan tidak dengan arang dan tidak dengan apa2 pon. Bayangkan, mushaf lengkap yg dibuat seorang wanita dari pakistan dari wilayah punjab dengan penulisan mushaf yang lengkap dengan cara mengait. Dan dia (wanita itu) mula pada tahun  1987 dan selesai pada 2018, dan berjanji pada dirinya untuk mengait huruf dari alquran kecuali dalam keadaan suci sepenuhnya, dan berjanji pada dirinya utk tidak mengait huruf alquran kecuali pada suku akhir malam. 31 tahun tempoh mengait kitab Allah, wanita ini menghadiahkan mushaf itu kepada muzium alquran alkarim di Madinah Munawwarah pada musim haji yang lepas dan dia (muzium) meletakkan selepas pemeriksaan dan wanita ini namanya Nasim Akhtar. Dan nuskhah ini diantara mushaf paling mulia dan orang yang menghampiri akan dapat melihat jahitan yg jelas pada mushaf tersebut. Semoga Allah menjadikan aku dan kamu semua...

Kecoh Letupan Gegar di Ipoh

Image
Letupan kuat disusuli gegaran selama beberapa saat dirasai penduduk di sekitar daerah ini sebentar tadi. Menerusi muat naik di laman sosial Facebook, beberapa netizen memberitahu gegaran tersebut ekoran proses pemecahan batu di kawasan kuari di Simpang Pulai. Terdapat juga dakwaan bahawa letupan dan gegaran yang dirasai itu berikutan latihan menggunakan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malah juga tular dakwaan bahawa gegaran tersebut disebabkan gempa bumi yang berlaku di Medan, Indonesia. Tapi, rasa macam ni jaa pasai gegar tu..

6 Anggota JBPM Lemas

Image
03Oct2018/Selangor Al-fatihah buat 6 ahli bomba yang meninggal lemas ketika search n rescue seorang murid tingkatan 5 terjatuh dalam lombong di La Cottage Putra Perdana. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan. ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam) Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemask...

Kerat Leher

Image
Seremban Jaya Fasa 10, Ada satu kejadian di mana mangsa menunggu anak pulang dari sekolah. Mangsa membuat auto gate dan selepas itu muncul 2 suspek membawa motorsikal. Mangsa dikerat leher dan mengambil rantai mangsa. Kejadian terjadi pada pukul 2 petang. Kalau boleh, semua orang selalu berwaspada dan berhati-hati. Kunci rumah selalu. Sekarang orang nak duit tapi tidak kisah pasal nyawa orang lain dah.

Gunung Soputan pula meletus di Indonesia

Image
VIDEO MENUNJUKKAN GUNUNG BERAPI SOPUTAN MELETUS DAN MENGELUARKAN ABU SETINGGI 4KM Gunung Soputan di Indonesia meletus pada Rabu (3 Okt), mengeluarkan  abu gunung berapi setinggi 4,000 meter ke langit, beberapa hari selepas gempa bumi dan tsunami membunuh lebih daripada 1,200 orang di pulau yang sama. Pihak berkuasa memerintahkan supaya orang-orang keluar dari radius 4km puncak Gunung Soputan di Provinsi Sulawesi Utara, berkemungkinan ancaman lava dan awan mendung yang membawa abu dari letusan, menurut Badan Penanggulangan Bencana Nasional. Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado - ibukota Sulawesi Utara - beroperasi secara normal, kata jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho dalam satu pernyataan. Gunung Soputan terletak kira-kira 900km utara-timur rantau yang dilanda gempa bumi dan belum ada lapuran tentang sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat letusan gunung berapi tersebut.

Nasi Kandar Penang

Image
Berikut merupakan Nasi Kandar yang popular di Penang. Top 10 Nasi Kandar di Penang. Anda setuju ka list ni? 1. Deen maju nasi Kandar 2. Nasi Kandar Kampung Melayu 3. Restoran Deen - Nasi Kandar Jelutong 4. Nasi Kandar Beratur 5. HAMEEDIYAH RESTAURANT 6. Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park 7. Nasi Kandar Imigresen 8. Tajudin Husein Nasi Kandar 9. Cargas Cafe 10. Nasi Kandar Pokok Ceri Dato Keramat Sumber : NST

Jom Buat Kenangan

Image
Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018, Bahagian Kad Pengenalan ada menjual foto ic di Aras 2 bersebelahan Kaunter Serahan Kad Pengenalan pada 3 dan 4 Oktober 2018. Sehubungan dengan itu tuan/puan yang berminat, boleh mendapatkan foto ic tersebut dengan harga RM30 (bagi kakitangan JPN) manakala RM50 bagi orang awam.

AMUK - Lelaki di India Potong Kepala

Image
Berikut adalah gambar-gambar lelaki tersebut sambil membawa kepala yang dipenggalnya ke Balai Polis di India. 

Suami Bila Hati Kosong

Image
Setiap lelaki, tak kiralah rupanya macamana. Ada satu ruang kosong dalam diri. Walaupun dah kawen, dah bekeluarga, dia tetap akan rasa sunyi selagi ruang kosong tu tak diisi. Perlu ada sesuatu minat atau hobi..bikin kete..lumba haram..Kayuh basikal, lap motor, pukul bola kecik ke lubang kecik, mancing dan apa saja. Setelah dapat sedikit kepuasan dengan minat dia, baru dia jadi bersemangat nak meneruskan rutin biasa. Pernah dengar orang kata, kegemilangan lelaki bermula dari umur 40. Mungkin juga ada betulnya. Sejak menjangkau usia 40.. rasa miang lain macam sikit. Bukan miang rebung. Syukur kerana ada kesibukan yang boleh mengurang kemiangan. Mungkin sesetengah isteri tak berapa suka dengan minat atau hobi suami. Buang masa dan duit. Dia patut lebih risau jika suaminya langsung tak berhobi.. lebih bahaya jika ruang kosong itu cuba diisi dengan anak dara atau janda.. Wahai para isteri..fahami lah minat dan hobi suami mu..jgn nk dikurung je dia kt rumah..😂 Kalau berani share...

Wanita merayu untuk menjadi MADU

Image
Seorang wanita yang tidak boleh mendapat zuriat, ingin menjadi madu kepada mana-mana Madu yang sanggup bermadu. Wanita tersebut menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kepada lelaki yang sudah ada pasangan. Dia ingin lelaki yang sudah mempunyai zuriat yang masih kecil dan tidak mahu pasangan yang sudah mempunyai anak yang sudah puluhan tahun. Demikian terimalah video nya. Semoga Madu yang inginkan payung emas boleh menghubungi beliau. Tak mau tarik-tarik rambut ya.

Air Asia - dari Ipoh ke Johor Bahru

Image
1 Oktober 2018 @ 10.57 pagi: Penerbangan Air Asia laluan Johor Bahru-Ipoh bermula hari ini.

SEMUT CHARLIE

Image
Mengenai Semut Charlie Nama lain semut charlie ialah semut semai , semut kayap Jika racunnya terkena pada kulit, kulit akan menjadi merah kehitaman, pedih, sakit dan gatal Semut charlie sukakan cahaya lampu pada waktu malam dan akan pergi ke kawasan yang terdapat cahaya terang lampu. Jika terkena racun pada kulit terus basuh dengan air dan seelok-eloknya mandi dan jangan garu di kawasan terkena bisa berkenaan. Contoh jika terkena serangan dari semut Charlie Semut charlie lazimnya boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang dan hutan , ia mempunyai toksin berbisa dipanggil pederin yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah kehitaman, pedih, sakit dan gatal. Walaupun hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya. Dalam badan kumbang ini tersimpan cecair hemolimf atau toksin yang disebut sebagai ‘pederin’ (C24H43O9N). Toksin ini dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa u...