Gunung Soputan pula meletus di Indonesia



VIDEO MENUNJUKKAN GUNUNG BERAPI SOPUTAN MELETUS DAN MENGELUARKAN ABU SETINGGI 4KM

Gunung Soputan di Indonesia meletus pada Rabu (3 Okt), mengeluarkan  abu gunung berapi setinggi 4,000 meter ke langit, beberapa hari selepas gempa bumi dan tsunami membunuh lebih daripada 1,200 orang di pulau yang sama.

Pihak berkuasa memerintahkan supaya orang-orang keluar dari radius 4km puncak Gunung Soputan di Provinsi Sulawesi Utara, berkemungkinan ancaman lava dan awan mendung yang membawa abu dari letusan, menurut Badan Penanggulangan Bencana Nasional.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado - ibukota Sulawesi Utara - beroperasi secara normal, kata jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho dalam satu pernyataan.

Gunung Soputan terletak kira-kira 900km utara-timur rantau yang dilanda gempa bumi dan belum ada lapuran tentang sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat letusan gunung berapi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...