MISTERI IKAN PUYU





Tau ke ikan puyu? Pernah makan tak? Sedapkan.

Tapi, tak ramai yang tahu yang puyu ni ada ciri-ciri mistik.



HALAU PENANGGAL 


Tengok sirip ikan puyu.. tajam kan?




Sebab ia mempunyai sirip yang tajam, maka ia merupakan antara yang digeruni oleh penanggal sebab duri dia memang tajam.




Ada juga kepercayaan letak daun mengkuang yang tajam bawah rumah oleh tok bidan masa nak sambut bayi baru lahir. Ini kerana nak halau penanggal masa proses bersalin sebab uri tu kegemaran penanggal.

Ada juga petua tanam uri dengan paku atau benda yang tajam sekali.



LAMPAM




Sesiapa yang pernah mancing di tali air akan tahu, ada puyu.. ada nya lampam. Macam ada magnet spesis ni.

Sifat lampam licin dan tak tajam ini jadi kegemaran penanggal. Lagi-lagi isi perut ikan lampam. 

Tapi kalau kene ikan lampam masa mancing, macam kene karennnnnnn!!! 🤣🤣


HALAU MAKHLUK HALUS

Ikan puyu juga dibela di dalam rumah sebagai penghalau makhluk halus. Oleh kerana sifatnya yang tidak tidur san rupa yang tajam, makhluk halus susah nak kacau. Lagi-lagi jenis ilmu hitam yang datang nak pukau, tak berhasil sebab ada yang masih “terjaga”. 😎😎

Ini cuma cerita yang aku pernah dengar lah.

Kesahihannya dan kebenarannya, Wallahu‘alam.

Comments

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)