05 October 2018
Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun
04 October 2018
Kecoh Letupan Gegar di Ipoh
Letupan kuat disusuli gegaran selama beberapa saat dirasai penduduk di sekitar daerah ini sebentar tadi.
Menerusi muat naik di laman sosial Facebook, beberapa netizen memberitahu gegaran tersebut ekoran proses pemecahan batu di kawasan kuari di Simpang Pulai.
Terdapat juga dakwaan bahawa letupan dan gegaran yang dirasai itu berikutan latihan menggunakan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Malah juga tular dakwaan bahawa gegaran tersebut disebabkan gempa bumi yang berlaku di Medan, Indonesia.
Tapi, rasa macam ni jaa pasai gegar tu..
6 Anggota JBPM Lemas
03Oct2018/Selangor
Al-fatihah buat 6 ahli bomba yang meninggal lemas ketika search n rescue seorang murid tingkatan 5 terjatuh dalam lombong di La Cottage Putra Perdana.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.
ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR
Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa
Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.
Sekian. Terima kasih.
Pegawai Bertugas PPO.
Al-fatihah buat 6 ahli bomba yang meninggal lemas ketika search n rescue seorang murid tingkatan 5 terjatuh dalam lombong di La Cottage Putra Perdana.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.
ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR
Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa
Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.
Sekian. Terima kasih.
Pegawai Bertugas PPO.
03 October 2018
Kerat Leher
Seremban Jaya Fasa 10,
Ada satu kejadian di mana mangsa menunggu anak pulang dari sekolah. Mangsa membuat auto gate dan selepas itu muncul 2 suspek membawa motorsikal. Mangsa dikerat leher dan mengambil rantai mangsa. Kejadian terjadi pada pukul 2 petang.
Kalau boleh, semua orang selalu berwaspada dan berhati-hati. Kunci rumah selalu. Sekarang orang nak duit tapi tidak kisah pasal nyawa orang lain dah.
Gunung Soputan pula meletus di Indonesia
VIDEO MENUNJUKKAN GUNUNG BERAPI SOPUTAN MELETUS DAN MENGELUARKAN ABU SETINGGI 4KM
Gunung Soputan di Indonesia meletus pada Rabu (3 Okt), mengeluarkan abu gunung berapi setinggi 4,000 meter ke langit, beberapa hari selepas gempa bumi dan tsunami membunuh lebih daripada 1,200 orang di pulau yang sama.
Pihak berkuasa memerintahkan supaya orang-orang keluar dari radius 4km puncak Gunung Soputan di Provinsi Sulawesi Utara, berkemungkinan ancaman lava dan awan mendung yang membawa abu dari letusan, menurut Badan Penanggulangan Bencana Nasional.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado - ibukota Sulawesi Utara - beroperasi secara normal, kata jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho dalam satu pernyataan.
Gunung Soputan terletak kira-kira 900km utara-timur rantau yang dilanda gempa bumi dan belum ada lapuran tentang sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat letusan gunung berapi tersebut.
Nasi Kandar Penang
Berikut merupakan Nasi Kandar yang popular di Penang.
Top 10 Nasi Kandar di Penang. Anda setuju ka list ni?
1. Deen maju nasi Kandar
2. Nasi Kandar Kampung Melayu
3. Restoran Deen - Nasi Kandar Jelutong
4. Nasi Kandar Beratur
5. HAMEEDIYAH RESTAURANT
6. Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park
7. Nasi Kandar Imigresen
8. Tajudin Husein Nasi Kandar
9. Cargas Cafe
10. Nasi Kandar Pokok Ceri Dato Keramat
Sumber : NST
Jom Buat Kenangan
Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018, Bahagian Kad Pengenalan ada menjual foto ic di Aras 2 bersebelahan Kaunter Serahan Kad Pengenalan pada 3 dan 4 Oktober 2018. Sehubungan dengan itu tuan/puan yang berminat, boleh mendapatkan foto ic tersebut dengan harga RM30 (bagi kakitangan JPN) manakala RM50 bagi orang awam.
02 October 2018
Suami Bila Hati Kosong
Setiap lelaki, tak kiralah rupanya macamana. Ada satu ruang kosong dalam diri. Walaupun dah kawen, dah bekeluarga, dia tetap akan rasa sunyi selagi ruang kosong tu tak diisi. Perlu ada sesuatu minat atau hobi..bikin kete..lumba haram..Kayuh basikal, lap motor, pukul bola kecik ke lubang kecik, mancing dan apa saja. Setelah dapat sedikit kepuasan dengan minat dia, baru dia jadi bersemangat nak meneruskan rutin biasa.
Pernah dengar orang kata, kegemilangan lelaki bermula dari umur 40. Mungkin juga ada betulnya. Sejak menjangkau usia 40.. rasa miang lain macam sikit. Bukan miang rebung. Syukur kerana ada kesibukan yang boleh mengurang kemiangan. Mungkin sesetengah isteri tak berapa suka dengan minat atau hobi suami. Buang masa dan duit. Dia patut lebih risau jika suaminya langsung tak berhobi.. lebih bahaya jika ruang kosong itu cuba diisi dengan anak dara atau janda..
Wahai para isteri..fahami lah minat dan hobi suami mu..jgn nk dikurung je dia kt rumah..😂
Kalau berani share lah..jgn kene gari terus sudah la..😂😂😂
01 October 2018
Wanita merayu untuk menjadi MADU
Seorang wanita yang tidak boleh mendapat zuriat, ingin menjadi madu kepada mana-mana Madu yang sanggup bermadu. Wanita tersebut menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kepada lelaki yang sudah ada pasangan. Dia ingin lelaki yang sudah mempunyai zuriat yang masih kecil dan tidak mahu pasangan yang sudah mempunyai anak yang sudah puluhan tahun. Demikian terimalah video nya. Semoga Madu yang inginkan payung emas boleh menghubungi beliau.
Tak mau tarik-tarik rambut ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?
Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...

-
Apa komen anda semua? Kami mengharapkan agar saudari Masitah kembalilah ke pangkal jalan Islam. Janganlah menghancurkan harapan keluarga sa...
-
Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia . Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberan...