20 August 2011

BERPUAK DALAM KOMUNITI




Salam, 
Adalah perkara yang biasa apabila penulis blog tu adalah insan yg tak berapa "PRO"(termasuklah aku) dalam blogging dan memang tidak dinafikan memang ada bermacam-macam jenis blogger di alam cyber ni.
Ada yang macam journalist, ada yang macam kindergarden pun ada walhal umur dah tua(ngahahah), ada yang serius, dan macam-macam lagi tapi itu adalah kaedah masing-masing untuk menarik customer.  CHEEWAHHH!!! Tapi tu ler, bila dah ada komuniti masing-masing akan terjadinya puak-puak batu api, hasat dengki.. ngahahahaha
Bab ni confirm akan pilih kawan. Kawan macam mana? hehehe, macam nie. Blogger-blogger ni akan memilih kawan yang ada ranking@popular tinggi dengan hasrat nak menumpang populariti. Tapi manusia kan insan yang lemah, bila dah rapat dengan TOP tu mula lah dah perasan diri tu hebat. Blogger macam aku ni tak berapa pandang ye. Lagi-lagi la bila aku dah delete WIDGET SHOUTBOX & CHATBOX!! HAHAHAHA.. Ala, korang tu setakat menumpang je, aku ni survive sendiri tau. Bak kata pepatah "Tak duduk di celah ketiak ibu dah" @ senang nak cakap "TAK MANJA".
Berdasarkan pengalaman yang hampir 2 tahun blogging nie, memang ada puak-puak yang hebat dalam blog(tinggi trafiknya) dan ada juga yang lemah dalam blog (rendah trafiknya). Tapi janganlah si TRAFIK TINGGI ni memandang lekeh terhadap si RENDAH TRAFIK ni. Jadi, bila ini berlaku maka bergelarlah blogger sombong dan perasan hebat dan perasan bagus. Bagus sangat ke?!! ngahahaha
Ini tidak bagus untuk komuniti blogger sebenarnya. Setiap blogger haruslah membuangkan sifat-sifat seperti ni dan jadikanlah blog ini medium berkongsi ilmu dan bersosial selain dari FACEBOOK yang tengah HOT sekarang ni.

Sekian nurkilan dari saya. ngahahahah.. 

p/s : Tak nak kawan sudah, nama dia BEDAH!!! :-D

19 August 2011

Bahayanya BAHASA MELAYU


Why Malaysian Government insists on using English 
for math and science? This is because the whole 
world uses the language as an information and/or 
technology language. 

How dangerous it will be if we try to use Bahasa, 
especially in school. See example below: 
  
  Hardware        = barang keras 
  Software          = barang lembut 
  Joystick           = batang gembira 
  Plug and play  = cucuk dan main 
  Port                  = lubang 
  Server              = pelayan 
  Client               = pelanggan 


Jika diterjemahkan: 

Dalam ENGLISH : 
"That server gives a plug and play service to the 
clients using ither hardware or software joystick. 
The joystick goes into the port of the client." 

Dalam BAHASA: 
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk 
dan main dengan menggunakan batang gembira jenis 
keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan 
ke dalam lubang pelanggan." 

Indahnya bahasa..


kuang kuang kuang :D

JASADNYA TIDAK DITERIMA BUMI.. IKTIBAR!!!


"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. 

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.  Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.  

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.   

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. 

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat...... 
UBI KAYU yang sangat besar. 

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

* jgn marah...aku pun terkena gak...poyo betulla...sapa punyer keje...sah
konpom xder keje...." 

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...