Apabila Orang Melayu bersembang ngan Orang Hokkien

U definately will have a good laugh if u can understand hokkien....

Two old friends - a Chinaman and a Malay were having a conversation recently ....

Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem?

Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ...

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?

Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: err.... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..

Apek: Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers).

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..


Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la..... Proton Saga........lah


I know you are laughing..... pass it to your friends who need a laugh too.. :)

Nasyid di Ofis

Bermulalah era baru untuk aku menceburi bidang nasyid ni.

- main percussion jer ;-p -

GAGASAN 1MALAYSIA vs MALAYSIAN MALAYSIA

PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan    definisi    yang    dinyatakan, Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
Perpaduan      yang      digambarkan      oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Maksud "Rakyat Didahulukan"

di sini ada saya lampirkan maksud "Rakyat didahulukan".. ini disebabkan masih ramai di luar sana keliru akan maksud ini :

Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :

  1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
  2. Mengurangkan kadar jenayah.
  3. Memerangi rasuah.
  4. Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
  5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
  6. Menambah baik pengangkutan awam.
Sementara   bagi   maksud   Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

LOGIN WANG

Apa itu login wang? Login wang lebih kurang sistem tajaan seperti MLM. Aku pun kurang pasti sistem ni. Tapi aku dah daftar. Sebabnya, bila sampai target, kita boleh redeem seperti iPhone, Laptop, Desktop, dan sebagainya. Korang cubalah.


Rentak Juara

BUKAN mudah untuk memenuhi hasrat dan keinginan semua pihak. Lebih sukar lagi untuk meyakinkan sesetengah pihak bahawa mereka tidak mempunyai bakat yang boleh diketengahkan.

Justeru, didorong oleh rasa tidak puas hati, ada segelintir individu yang memberontak dan mempertikai keputusan yang dibuat oleh RTM dalam memilih band-band yang layak menyertai pertandingan Rentak Juara 2010.

Sepanjang lebih enam dekad berkhidmat untuk negara, RTM pada asasnya berpegang pada prinsip sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang berbakat.
Justeru, prinsip yang sama diguna pakai dalam Rentak Juara 2010 yang kembali dengan slogan Julang Jati Diri yang bermatlamat memberi peluang kepada pemuzik berkumpulan profesional dan amatur berentap di atas platform yang sama.

Menurut penerbit Rentak Juara 2010, Ain Sabrina Onn, pada sesi uji bakat menentukan band mana yang layak menyertai pertandingan ini, pemilihan dibuat dengan telus dan bijaksana tanpa sebarang unsur pilih kasih.

RT.M kata Ain Sabrina, terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan timbulnya pandangan kurang senang segelintir pihak yang mempertikai pendekatan pemilihan band-band ke gelanggang anjuran stesen berkenaan.

"Pemilihan ini dibuat secara telus dan kepercayaan diberikan mereka yang arif dalam bidang muzik. RTM tidak campur tangan dalam urusan pemilihan ini," jelas Ain Sabrina mengulas reaksi kurang senang yang dilemparkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati kepada Wow!

Bahkan, keterbukaan RTM juga ujarnya, dapat dilihat apabila stesen berkenaan membuka ruang penyertaan kepada semua lapisan tanpa mengambil kira latar belakang pengalaman mereka. Bukan itu saja, Rentak Juara 2010 juga menawarkan ruang yang sama kepada kakitangan kerajaan yang berbakat termasuk mereka yang bertugas dengan RTM untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah berupa RM200,000 kepada juara musim baru ini.

Syarat asas ini telah dimaklumkan awal-awal lagi oleh RTM kepada kesemua 357 kumpulan yang hadir ke sesi uji bakat di seluruh negara bermula pada 9 Januari lalu di Sabah dan Sarawak dan berakhir di Kuala Lumpur pada 7 Mac.

Justeru, Ain Sabrina menyifatkan, adalah tidak adil andai mereka yang tidak terpilih ke peringkat saringan pertandingan ini dengan mudah menuding jari kepada RTM yang fungsinya membuka ruang.
Berkali-kali dalam perbualan itu, Ain Sabrina memberitahu, usaha RTM menganjurkan pertandingan ini untuk mencungkil bakat penyanyi dan pemuzik sekali gus.

"Apa yang paling menarik juga, pertandingan ini terbuka buat para pemuzik profesional dan amatur. Kami di RTM yakin, gelanggang kali ini akan lebih hebat memandangkan peminat muzik akan dapat menyaksikan pertembungan dua golongan itu bagi membuktikan kehebatan masing-masing," kata Ain Sabrina lagi.

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...