Rentak Juara
BUKAN mudah untuk memenuhi hasrat dan keinginan semua pihak. Lebih sukar lagi untuk meyakinkan sesetengah pihak bahawa mereka tidak mempunyai bakat yang boleh diketengahkan.
Justeru, didorong oleh rasa tidak puas hati, ada segelintir individu yang memberontak dan mempertikai keputusan yang dibuat oleh RTM dalam memilih band-band yang layak menyertai pertandingan Rentak Juara 2010.
Sepanjang lebih enam dekad berkhidmat untuk negara, RTM pada asasnya berpegang pada prinsip sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang berbakat.
Justeru, prinsip yang sama diguna pakai dalam Rentak Juara 2010 yang kembali dengan slogan Julang Jati Diri yang bermatlamat memberi peluang kepada pemuzik berkumpulan profesional dan amatur berentap di atas platform yang sama.
Menurut penerbit Rentak Juara 2010, Ain Sabrina Onn, pada sesi uji bakat menentukan band mana yang layak menyertai pertandingan ini, pemilihan dibuat dengan telus dan bijaksana tanpa sebarang unsur pilih kasih.
RT.M kata Ain Sabrina, terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan timbulnya pandangan kurang senang segelintir pihak yang mempertikai pendekatan pemilihan band-band ke gelanggang anjuran stesen berkenaan.
"Pemilihan ini dibuat secara telus dan kepercayaan diberikan mereka yang arif dalam bidang muzik. RTM tidak campur tangan dalam urusan pemilihan ini," jelas Ain Sabrina mengulas reaksi kurang senang yang dilemparkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati kepada Wow!
Bahkan, keterbukaan RTM juga ujarnya, dapat dilihat apabila stesen berkenaan membuka ruang penyertaan kepada semua lapisan tanpa mengambil kira latar belakang pengalaman mereka. Bukan itu saja, Rentak Juara 2010 juga menawarkan ruang yang sama kepada kakitangan kerajaan yang berbakat termasuk mereka yang bertugas dengan RTM untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah berupa RM200,000 kepada juara musim baru ini.
Syarat asas ini telah dimaklumkan awal-awal lagi oleh RTM kepada kesemua 357 kumpulan yang hadir ke sesi uji bakat di seluruh negara bermula pada 9 Januari lalu di Sabah dan Sarawak dan berakhir di Kuala Lumpur pada 7 Mac.
Justeru, Ain Sabrina menyifatkan, adalah tidak adil andai mereka yang tidak terpilih ke peringkat saringan pertandingan ini dengan mudah menuding jari kepada RTM yang fungsinya membuka ruang.
Berkali-kali dalam perbualan itu, Ain Sabrina memberitahu, usaha RTM menganjurkan pertandingan ini untuk mencungkil bakat penyanyi dan pemuzik sekali gus.
"Apa yang paling menarik juga, pertandingan ini terbuka buat para pemuzik profesional dan amatur. Kami di RTM yakin, gelanggang kali ini akan lebih hebat memandangkan peminat muzik akan dapat menyaksikan pertembungan dua golongan itu bagi membuktikan kehebatan masing-masing," kata Ain Sabrina lagi.
biasalah kan setiap keputusan yang dibuat ada yang suka dan ada yang tak suka...
ReplyDeleteSiapa Tengah Tengok Blog Anda Sekarang
ya.. betul...
ReplyDelete