IRC



IRC atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu,Finland pada tahun 1988.Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix.Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain.Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC.Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey (untuk maklumat yang lebih lanjut tentangnya, lawatilah homepage beliau di alamat www.mirc.co.uk/khaled/ Untuk berbual melalui IRC, mIRC ialah salah satu program yang paling elegan dan versatil yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik. Anda boleh mendapatkannya di tucows.cdc.com.my. Jika anda belum pernah berbual melalui IRC, luangkan masa untuk membaca fail ‘HELP’ yang didatangkan dalam halaman mIRC dan juga program itu sendiri. Anda juga tidak perlu meletakkan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu. Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan! Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya.Untuk informasi yang lengkap, lawati homepage Undernet di alamat www.undernet.org dan homepage Dalnet di alamat www.dal.net Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”. Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC, agak bagus jika anda berdiam diri seketika, melihat perbualan-perbualan lain sebelum memulakan ‘chat’ anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai saluran (channel) lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya.Selamat ber ‘chatting’!!


Apa itu IRC ?

Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client.Seperti mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain.

Bagaimana?

Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia.

IRCAdmin & IRCop

IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men'disconnectkan', kill, rehash, dan k-lined anda.

+nickname?

Oh..tu maknyanya nickname telah diberi 'voice' ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada 'moderate', iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak.



Comments

  1. hehehe lama aku tak main mirc ni, kalo tak dulu macam2 script irc yang ada kat pc aku

    ReplyDelete
  2. hehehehe... sama ler.. aku script2 biasa jer.. komputer tak kuat masa nak nuke2 nie... ahahaha

    ReplyDelete
  3. ERMM..for me ..dah 12 tahun berlalu..dan yaa..i bekas penagih IRC

    ReplyDelete
  4. wow... masa tuh IRC tengah top.. internet diperkenalkan.. cyber cafe tak banyak.. sejam pun boleh tahan mahall.. RM4-RM6 per jam.. ;-p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)