Chua Boon Huat : Hilang satu LAGENDA

Terima Kasih kerana jasamu untuk Sukan Hoki Negara dan Dunia.
Terima Kasih kerana memberi inspirasi kepada pemain-pemain muda.
Terima Kasih kerana mengerah keringat tenaga mu selama 15 tahun untuk Negara.
Terima Kasih C.B.H.
Kamu merupakan Lagenda Hoki Malaysia.

GAZA : Mohon untuk sebarkan...

BERITA TERKINI PERLU DIAMBIL PEDULI OLEH SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...

As salam ya sahabat

Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. Kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan yang menghubungkan Gaza dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dari MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1,000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja.Mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah
antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.

Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan kpd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang
amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah
umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.

Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan
tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam
kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika
itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak?".

Sila sebarkan jika anda peduli.

23 Ciri-ciri Ajaran Syiah


1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.

- tolong sebarkan kesesatan syiah ini

BR1M : Fasa 3

Untuk makluman,

Kakitangan kerajaan dan swasta yg menerima gaji di bawah RM5k secara automatik diberikan BR1M secara berperingkat2 mulai esok.

Sila check nama anda di link ini http://bit.ly/SenaraiBR1M

Sekian, terima kasih

Sejarah : RM1.

Salam, saja nak kongsikan uuit RM1 untuk dijadikan sebagai duit raya tahun ni. Adik-adik yang dapat duit raya tahun ni, belajar lah sejarah duit seringgit nie yer..

Sekian

Bosan

Ya, setelah 2 minggu bercuti - tatkala bosan menyelubungi aku. Akibat kecederaan yang aku alami, aku hanya mampu untuk berjalan keluar dan menghabiskan masa siang ku di kedai Basikal LeVelo bersama Che Din dan teman akrabnya Ah Fai. Dengan menonton aksi-aksi downhill yang tertera di kaca TV kedai ini, aku hampir boleh mengecam semua video tersebut. Memula rasa best tetapi lama-lama dah muak. Sudah 14 ratus kali pasang ulang dan ulang.. faham tak 14 ratus kali? Nak jadi American la.. 14 hundreds. :-P

Bilalah tangan aku ni nak sembuh? Huaaaaaaa...

Cuti panjang lagi ni.....

Kemalangan : Sliding Door

Salam,

Tujuan aku menulis ini adalah untuk peringatan kepada yang lain. Aku suka melihat gelagat anak-anak kecil dan kucing-kucing yang aktif di dalam rumah. Tatkala mereka ini bermain pasti mencuit hati dan salah satunya terlanggar sliding door. Gelagat tersebut membuatkan aku terhibur sehinggalah pada tarikh 29/05/2013, satu kemalangan telah berlaku atas diriku. Hmmmm.. terus aku teringat detik-detik anak kecil dan kucing tersebut. Insiden yang lebih kurang sama akan tetapi impaknya berbeza. Aku mengalami kecederaan yg begitu serius. Luka yang mengelar atas tangan aku ini hampir mengenai isi. Ku lihat putih isi seperti kapas pada permulaan dan beberapa ketika terus dilimpahi cecair berwarna merah kegelapan di tengah-tengah kelaran tersebut. Rakan-rakan seperjuanganku yang berada di sekitar tempat kejadian dengan automatik memberi bantuan kepadaku. Ada yang memberikan aku air manis untuk memberi tenaga kerana kehilangan darah. Ada juga yang memberikan aku minyak cap kapak supaya membuat aku sentiasa tersedar. Keadaan aku pucat masa tu. Bukan aku yang sendiri cakap aku pucat tetapi rakan-rakan yang berada di sekelilingku. Aku menarik nafas yang dalamnya boleh mencecah 30 meter kedalaman air dan cuba untuk bertenang. Bantuan EFR yang diberikan oleh pihak resort Water Colour adalah amat dihargai. Selepas pihak WC itu melihat luka aku, aku digegaskan ke Pulau Perhentian Kecil bagi mendapatkan rawatan yang lebih sempurna. Naik bot kecil pada waktu malam amat menggerunkan. Mana tidaknya, dah macam PASKAL nak pergi perang. Perasaan gerun tersebut hilang sedikit demi sedikit kerana ditemani rakan Diver aku iaitu Dive Master Faiz dan Dive Master Nan a.k.a Panjang. Rakan aku inilah yang memberi semangat ketika aku menerima rawatan kecemasan ketika berada di klinik tersebut. Terima Kasih ku ucapkan juga kepada Dive Master Shaz yang membuat dressing ke atas luka aku selepas kejadian tersebut. DAN SELEPAS INI DENGAN PASTI AKU FOBIA DENGAN SLIDING DOOR.

Terima Kasih Hasil Diver yang terlibat membantu aku pada waktu itu.

WARCRY : blup blup blup blup blup -> lawak betul.. sapa la buat cadangan warcry macam ni.. Nasib baik hari kejadian tukar Warcry yang lain.. muahahahahaha

Featured Post

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0?

Tak semua ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga boleh bawa keluar i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-...