Ada satu kejadian di mana mangsa menunggu anak pulang dari sekolah. Mangsa membuat auto gate dan selepas itu muncul 2 suspek membawa motorsikal. Mangsa dikerat leher dan mengambil rantai mangsa. Kejadian terjadi pada pukul 2 petang.
Kalau boleh, semua orang selalu berwaspada dan berhati-hati. Kunci rumah selalu. Sekarang orang nak duit tapi tidak kisah pasal nyawa orang lain dah.
VIDEO MENUNJUKKAN GUNUNG BERAPI SOPUTAN MELETUS DAN MENGELUARKAN ABU SETINGGI 4KM
Gunung Soputan di Indonesia meletus pada Rabu (3 Okt), mengeluarkan abu gunung berapi setinggi 4,000 meter ke langit, beberapa hari selepas gempa bumi dan tsunami membunuh lebih daripada 1,200 orang di pulau yang sama.
Pihak berkuasa memerintahkan supaya orang-orang keluar dari radius 4km puncak Gunung Soputan di Provinsi Sulawesi Utara, berkemungkinan ancaman lava dan awan mendung yang membawa abu dari letusan, menurut Badan Penanggulangan Bencana Nasional.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado - ibukota Sulawesi Utara - beroperasi secara normal, kata jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho dalam satu pernyataan.
Gunung Soputan terletak kira-kira 900km utara-timur rantau yang dilanda gempa bumi dan belum ada lapuran tentang sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat letusan gunung berapi tersebut.
Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018, Bahagian Kad Pengenalan ada menjual foto ic di Aras 2 bersebelahan Kaunter Serahan Kad Pengenalan pada 3 dan 4 Oktober 2018. Sehubungan dengan itu tuan/puan yang berminat, boleh mendapatkan foto ic tersebut dengan harga RM30 (bagi kakitangan JPN) manakala RM50 bagi orang awam.
Setiap lelaki, tak kiralah rupanya macamana. Ada satu ruang kosong dalam diri. Walaupun dah kawen, dah bekeluarga, dia tetap akan rasa sunyi selagi ruang kosong tu tak diisi. Perlu ada sesuatu minat atau hobi..bikin kete..lumba haram..Kayuh basikal, lap motor, pukul bola kecik ke lubang kecik, mancing dan apa saja. Setelah dapat sedikit kepuasan dengan minat dia, baru dia jadi bersemangat nak meneruskan rutin biasa.
Pernah dengar orang kata, kegemilangan lelaki bermula dari umur 40. Mungkin juga ada betulnya. Sejak menjangkau usia 40.. rasa miang lain macam sikit. Bukan miang rebung. Syukur kerana ada kesibukan yang boleh mengurang kemiangan. Mungkin sesetengah isteri tak berapa suka dengan minat atau hobi suami. Buang masa dan duit. Dia patut lebih risau jika suaminya langsung tak berhobi.. lebih bahaya jika ruang kosong itu cuba diisi dengan anak dara atau janda..
Wahai para isteri..fahami lah minat dan hobi suami mu..jgn nk dikurung je dia kt rumah..😂
Kalau berani share lah..jgn kene gari terus sudah la..😂😂😂
Seorang wanita yang tidak boleh mendapat zuriat, ingin menjadi madu kepada mana-mana Madu yang sanggup bermadu. Wanita tersebut menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kepada lelaki yang sudah ada pasangan. Dia ingin lelaki yang sudah mempunyai zuriat yang masih kecil dan tidak mahu pasangan yang sudah mempunyai anak yang sudah puluhan tahun. Demikian terimalah video nya. Semoga Madu yang inginkan payung emas boleh menghubungi beliau.